25/02/2022
INGATKAN CERITA NAK KURUS NI CERITA DONGENG.
Part 3: SENAMAN
Dalam Part 1 (boleh check.posting sebelum ni), aku ada cerita yang aku dulu ada ambik personal trainer dalam usaha aku untuk kurus. Sebenarnya aku tak salahkan personal trainer tu atau program senaman dia. Tapi mungkin kekangan kita yang bekerja, ada komitmen lain (dari segi masa) yang menyukarkan aku untuk fokus pada masa itu.
Sebab itu, kali ini aku mulakan dengan apa yang ada ditangan. Maksud aku, dengan cara hidup aku, masa aku, kekangan yang aku ada, macam mana aku nak selitkan aktiviti menguruskan badan. Sebab tu benda pertama yang aku buat adalah DISIPLINKAN DIRI DARI SEGI PEMAKANAN.
Dan sebab itu aku pilih diet suku-suku-separuh. Sebab kau makan je makanan harian kita, cuma kena jaga portion.
Tapi ada yang bertanya, tak bersenam langsung ke?
Ada. Aku ada buat senaman ringkas. Tapi bukan bertujuan untuk turunkan berat badan.
So untuk apa?
Dulu masa zaman bujang, aku selalu berbasikal waktu hujung minggu. Berbasikal yang sampai berpuluh km. Bila waktu makan malam tu kawan aku tegur, " apsal korang makan sikit? Bukan korang berbasikal ke tadi? Apsal aku makan banyak dari korang?"
Waktu tu baru aku perasan, yang aku makan sikit bila buat aktiviti s**an.
Jadi itu tujuan kenapa aku bers**an. Supaya makan sikit. Supaya senang nak amalkan diet suku-suku-separuh. Bila kita aktif, kita lebih untuk minum sebenarnya.
Apa yang aku buat?
Berbasikal selama 30minit. Kalau boleh, setiap hari. Kalau tak sempat pagi, buat petang.
Kenapa berbasikal?
Aku takut kalau jogging, nanti berat badan kita akan bagi tekanan kat lutut. Maklumlah, berat badan waktu awal2 tu tak berapa nak ringan.
Kalau tak berbasikal pun, aku akan buat fast walk. So jaga lutut tu. Jangan sebab excited nak kurus cepat, sendi badan kita jadi mangsa.
Kenapa 30minit?
Aku sebenarnya kumpul point Vitality. Kalau buat 30min, dapat 100points. Seminggu kena buat paling sikit 250points. Buat 2 minggu berturut-turut, dapat RM10 voucher. Boleh pilih nak voucher TnG, Shopee, Grabfood atau Jaya Grocer. Kalau konsisten, sebulan boleh dapat 2x voucher.
Apps apa yang aku pakai?
Aku pakai Strava je. Ambik yang free version. Sebab boleh install kat phone. Aku tak guna smartwatch. Kenapa? Sebab aku nak start dengan apa yang ada kat tangan. Tak nak keluar kos2 tambahan.
Pastu Strave tu link dengan Vitality untuk dapatkan voucher.
Apa kesan yang aku dapat bila bersenam ni?
Pertama tu, senang nak amalkan diet suku-suku-separuh. Sebab badan kau aktif.
Kedua, kau tak mudah mengantuk bila drive jauh. Ini yang aku perasan bila BMI dah cantik sikit, makan pun berpada-pada, dan selalu aktif. Kalau tak dulu, macam nak stop kat setiap RnR. Hahaha....
Ketiga, tidur jadi lebih nyenyak. Tidur yang berkualiti. Senang bangun awal. Seeloknya selepas Isya, kalau tiada apa2 nak buat, tidurlah awal. Dan esoknya bangun awal. Kita akan rasa hari kita lebih panjang.
Kalau sempat, buat tahajud (boleh buat 2,4,6,8 rakaat), solat sunat sebelum subuh dan kemudian solat subuh. Boleh google sendiri fadhilat dia.
At the end, kita kena tahu hakikat, siapa yang beri kita sihat. Mintak pada-Nya.
Kalau kita berjaya kekalkan amalan ni selama 40hari, insyaAllah akan terus jadi rutin harian kita. Termasuklah amalan diet DSSS ni. Dah jadi rutin, ia tak jadi sesuatu yang menyiksakan.
Tapi aku faham, nak mula DSSS ni bukan senang. Asik terbabas je. Nantilah aku cerita kat Part 4, macam mana aku start nak DSSS ni. Bagaimana start DSSS bukan dengan cara DSSS.