08/10/2021
🔺APA ITU FINANCIAL TRIANGLE? 🔺
Financial triangle atau segitiga kewangan adalah satu konsep untuk memastikan kita mempunyai tahap kewangan yang baik. Terdapat banyak versi financial triangle, tetapi yang ingin saya huraikan di sini adalah asas kewangan bagi rakyat marhaen seperti kita.
Terdapat 3 komponen utama yang perlu diberi perhatian dalam segitiga kewangan iaitu Perlindungan, Simpanan dan Pelaburan (Rujuk Gambar). Keutamaan setiap komponen bermula dari komponen yang berada di bahagian bawah segitiga.
✅ Perlindungan
🔴 Perlindungan adalah komponen yang berada di dasar segi tiga kewangan. Perlindungan adalah komponen yang penting kerana jika tapak segitiga tidak kukuh, maka komponen yang berada di atas juga akan terjejas.
🔴 Perlindungan adalah penting untuk melindungi kita daripada pelbagai musibah yang tak diduga seperti;
😵💫 Mati terlalu awal
💸 Hilang pendapatan (Sakit kritikal, hilang upaya kekal)
🩺 Masalah kesihatan/kemalangan
🔴 Jika kita tiada perlindungan, kita terpaksa menggunakan komponen di atas iaitu simpanan dan pelaburan untuk menghadapi musibah yang datang.
🔴 Contohnya, kita disahkan menghidap penyakit yang perlu dibedah. Kos pembedahan dan rawatan menelan belanja RM100K.
❓Mahukah kita menghabiskan simpanan yang disimpan bertahun-tahun untuk satu perkara sahaja?
❓Macam mana dengan matlamat kita yang lain?
❓Sudah pasti impian yang lain akan terkubur disebabkan wang simpanan habis digunakan untuk perbelanjaan perubatan sahaja.
🔴 Solutionnya, peruntukkan sebahagian daripada pendapatan kita untuk perlindungan supaya dapat melindungi kekayaan/simpanan yang telah dibina bertahun-tahun.
✅ Simpanan
🔴 Saya percaya ramai yang dah ada simpanan, sekurang-kurangnya bersamaan dengan 6 bulan gaji untuk tujuan kecemasan. Kalau belum ada, kena cepat-cepat mulakan simpanan. Simpanan ini penting untuk matlamat jangka masa pendek dan panjang.
🔴 Antara matlamat simpanan adalah untuk berkahwin, beli rumah, beli kereta, persaraan, pendidikan anak, dana percutian dan lain-lain.
🔴 Platform yang sesuai untuk simpanan adalah ASB, Tabung Haji, Unit Amanah dan ASBF. Platform ini mempunyai risiko yang rendah dan sesuai untuk individu yang tak nak pening-pening kepala untuk melabur.
✅ Pelaburan
🔴 Pelaburan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding simpanan, dan potensi keuntungan juga lebih tinggi. Bagi individu yang sudah lengkap keperluan asas kehidupan, bolehlah mula melabur.
🔴 Pelaburan ini lebih kepada untuk mengandakan kekayaan atau harta yang ada. Jika belum mempuyai simpanan yang cukup, jangan terus melabur kerana takut modal kita terjejas jika pelaburan tersebut gagal.
🔴 Antara platform pelaburan adalah Hartanah, Saham, Emas, dan unit amanah ekuiti. Untuk melabur, pastikan ada ilmu yang cukup. Selok belok pelaburan lebih berliku, jika salah percaturan kita boleh kehilangan modal atau mengalami kerugian.