18/04/2026
KERJAYA SEBAGAI EJEN TAKAFUL NI SUSAH . .
Ya, susah kalau buat ikut emosi. Bayangkan kena hantar anak sekolah ikut emosi? Bayangkan kena tolong mak pergi pasar ikut emosi? Bayangkan kena solat ikut emosi?
Buatlah sesuatu dengan responsibility bukan emosi. Dalam banyak-banyak isu dan cabaran kerjaya Ejen Takaful ni kan, hanya satu je isu iaitu TAK CUKUP JUMPA ORANG. Sebab apa? Sebab buat ikut emosi.
Industri Takaful timbul dari objektif roh tolong menolong dalam tabung khairat kematian. Dengan tolong menolong, bukan saja dapat penuhi hajat individu, tapi dapat meringankan beban hidup dengan sokongan individu lain.
Kalau tabung khairat untuk kariah masjid, surau dan persatuan penduduk setempat. Tabung Takaful p**a untuk maslahah masyarakat yang lebih luas.
Ejen Takaful perlu lebih menghayati konsep Takaful dan rasa responsibility mengajak lebih ramai masyarakat untuk menyertai Takaful. Berapa cukup nak jumpa orang? Unjuran 2025, umat Islam di Malaysia ada 20.5 juta. Kadar penembusan Takaful keluarga p**a, pertengahan 2025 baru 19.4%. Nak jumpa berapa orang? Tepuk dada tanya iman.
Alhamdulillah, hari ini AGG mengadakan klinik untuk memahami cabaran dan menilai kelebihan wakil-wakil kami.
Tapi kita manusia ni kan memang beremosi? Ya, sebab itu perlu memahami juga Art of Correction. Dari sekecil-kecil DNA hingga sebesar-besar syarikat Apple pun sentiasa buat correction tambah baik. Sentiasa ada versi iphone ipad yang baru. Bayi pun ada vaksin yang sentiasa ada versi baru untuk cegah penyakit berjangkit seperti Tibi, Polio, Rubella dan risiko kerosakan organ.
IT'S PART OF LIFE. Kenapa tidak kita? Bila jumpa orang, tak respon, tak berminat, kena reject. Balik buat correction, adjust dan jumpa orang seterusnya sebab responsibility kita awal tadi dan TO BE THE BEST VERSION OF YOU.
Kami baru bermula. Cita-cita besar menjelang Visi 2030. Kepada yang nak bersama kami, ayuh kita berjaya bersama-sama.
Pengambilan ejen sepenuh dan separuh masa masih dibuka. PM saya untuk info lebih lanjut.
https://watsap.my/60106508591