09/03/2023
Hibah takaful untuk bayar hutang selepas mati?
Lihat kes di bawah;
SITUASI:
Suami melanggan takaful dengan coverage RM500,000 dan meletakkan nama isterinya sebagai penerima hibah takaful 100%.
Ia disebut sebagai "hibah takaful" oleh kebanyakan ejen takaful.
Si suami berpesan kepada isterinya;
"Kalau abang meninggal kelak, tolong bayarkan hutang-hutang Abang".
Sebagai isteri yang taat, si isteri mengangguk.
Langit tidak selalunya cerah. Tapi mujurlah payung sempat disediakan sebelum hujan turun.
Selepas beberapa tahun, si suami meninggal dunia dan selepas beberapa bulan si isteri / balu arwah menerima pampasan daripada polisi arwah suaminya berjumlah RM500,000 menerusi kaedah hibah. Jadi pampasan takaful tersebut adalah 100% miliknya kini.
Sementara itu, selain isteri, arwah suami turut meninggalkan beberapa orang waris lain iaitu; ibu, ayah, adik-adik dan 3 anak perempuan.
Aset yang ditinggalkan arwah ialah 2 buah rumah, 2 buah kereta, dan wang simpanan RM100,000. Nilai rumah-rumah dan kereta ialah RM1,000,000.
Kesemua rumah dan kereta masih mempunyai baki hutang sebanyak RM500,000, dan tiada sebarang cagaran takaful seperti MRTT.
Soalan: Jika anda berada di posisi isteri, adakah anda akan membayar hutang arwah suami menggunakan wang hibah takaful tadi, yang selepas itu harta-harta tersebut perlu dikongsi sesama ahli waris lain?
Jawab dulu soalan di atas sebelum skrol.
Dah ada jawapan? Kita sambung...
Kita lihat balik fakta kes.
FAKTA KES;
Arwah suami meninggal dunia dan meninggalkan waris;
- Isteri
- 3 orang anak perempuan
- Ayah
- Ibu
- Adik-beradik (tiada detail)
Aset dan liabiliti yang ditinggalkan;
- 2 buah rumah
- 2 buah kereta
- Tunai RM100,000
Nota: Semua rumah dan kereta bernilai RM1,000,000 serta masih mempunyai baki hutang bank RM500,000 & tiada cagaran takaful.
Arwah suami turut menyediakan hibah takaful RM500,000 atas nama isterinya, dengan pesanan untuk membayar hutang-piutang.
APA SOLUSI YANG BOLEH DICADANGKAN KEPADA SI ISTERI / BALU?
Jika saya dilantik sebagai penasihat balu tersebut, saya katakan begini;
"Jika Puan bayar hutang-piutang menggunakan wang hibah takaful milik Puan; rumah-rumah dan kereta-kereta itu adalah milik semua waris dan bahagian Puan hanyalah 1/8.
Daripada Puan bayarkan hutang guna wang hibah takaful, lebih baik Puan beli rumah lain untuk duduk bersama anak-anak. Puan boleh beli tunai kalau Puan mahu dan tak perlu berhutang.
Tentang hutang piutang arwah, Puan boleh berbincang sesama waris untuk jualkan aset-aset untuk bayar hutang yang ditinggalkan.
Jika ada baki, bahagi sesama waris mengikut faraid.
InsyaAllah, roh arwah akan tenang apabila hutangnya dibayar.
Dan Puan p**a tenang bersama anak-anak dengan rumah yang Puan baru beli guna wang hibah takaful yang suami langgan ketika hidup.
Jika waris lain tidak mahu bekerjasama, bukan tanggungjawab Puan seorang sebagai isteri utk bayar hutang.
Bank akan tarik aset-aset arwah suami untuk dilelong dan langsaikan hutang tersebut.
Yang paling utama dalam situasi di atas ialah nasib dan masa depan Puan sebagai isteri dan anak-anak Puan yang baru sahaja kehilangan suami dan ayah"
KESIMPULAN;
1. Hibah takaful TIDAK mampu digunakan untuk membayar hutang.
2. Penerima hibah takaful TIDAK WAJIB bayar hutang pemberi hibah.
3. Jika ingin jadikan takaful untuk tujuan penyelesaian hutang, JANGAN letakkan penamaan hibah. Letak penamaan biasa sebagai pemegang amanah.
Megat Aldifa
FAR Legacy
A010202
https://wa.me/message/5DCOTIGHK3X6K1