04/09/2021
AsSalamualaikum wbt semua.
3 Gambar yang saya sertakan adalah Skim Perlindungan Pekerja.
Meh sini nak terangkan kenapa perlu ambil Takaful sendiri walaupun company syarikat tempat anda bekerja ada berikan perlindungan untuk setiap pekerja.
Apa yang perlu anda tahu ialah:-
1) Apakah jawatan anda di syarikat berkenaan?
- Secara purata, Pengurus akan diberikan Perlindungan Takaful dari RM100,000.00- RM200,000.00. Tetapi jika anda seorang Executive,, perlindungan yang diberikan oleh syarikat lingkungan RM50,000.00
Tanya diri anda semula, adakah cukup perlindungan yang diberikan oleh syarikat untuk anda untuk selesaikan segala tanggungan yang ada? (Termasuk nilai rumah- RM300,000.00, kereta RM100,000.00, loan-loan RM50,000.00 dan seterusnya)
2) Bil-Bil hospital.
Berapa kelayakan maksimum anda setahun mengikut jawatan anda sendiri?
Biasanya Pengurus lingkungan R&B 230 dan maksima penggunaan adalah RM75,000.00 sahaja. Dan Executive lingkungan R&B 120-160 dan maksima kegunaan untuk bayaran bil hospital hanya RM25,000.00- RM45,000.00.
Melihat kepada angka yang saya berikan, bagaimana jika bil-bil hospital lebih dari kelayakan yang berikan oleh syarikat kepada anda? Adakah cukup?
Tidak cukup untuk selesaikan semua bil yang melebihi dari yang ada. Anda kena bayar sendiri guna duit poket anda untuk selesaikan baki bil hospital tersebut.
Penyelesaian senang sahaja, sementara anda masih sihat dan berkemampuan, mohonlah Takaful Individu anda dari sekarang sebelum berlaku musibah terutama musim pendamik COVID19. Sebagai ikhtiar backup kewangan anda.