18/04/2026
SEMUA SALAH ORANG LAIN
===================
.
Menuding jari pada orang lain amat mudah .. kalau pun tuduhan itu betul sekalipun .. ianya tidak akan mengubah keadaan yang dah berlaku kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk mengubahnya kecuali kita sendiri yang berubah. . Ya , kena tipu dengan scammer bukan salah kita tapi salah kita yang mudah percaya dengan orang lain biarpun keluarga sendiri , kita tak boleh ubah kerana sudah di tipu tapi kita boleh ubah untuk tidak lagi dengan mudah menaruh kepercayaan pada orang lain pada masa akan datang tanpa bukti yang jelas.
Ya , kita tak boleh ubah lahir dalam keluarga miskin atau dibesarkan dalam persekitaran yang tidak menyokong , tanpa mentor , tanpa Ilmu kewangan tanpa panduan hidup yang jelas tapi sekarang kita dah tahu dan dah sedar .. takan nak terus salahkan perkara yang lalu yang tidak boleh di ubah .. kita boleh ubah diri kita sekarang supaya hidup senang & tak mati dalam keadaan miskin.
Ya , kita takda harta pusaka yang ditinggalkan keluarga untuk kita & kita tak boleh ubah keadaan itu tapi siapa yang halang kita untuk memiliki harta sendiri ? atau meninggalkan harta pusaka kepada waris & anak cucu klta ? takda yang menghalang untuk kita berbuat demikian kecuali diri kita sendiri.
Ya , pemimpin & kerajaan tak ambil peduli pasal rakyat marhaen macam kita , bukan kita boleh ubah menteri atau polisi kerajaan .. kita hanya boleh undi wakil rakyat atau ahli parlimen tapi kita tak boleh undi atau pilih menteri atau perdana menteri .. itu tak bermakna kita tak boleh suarakan pandangan atau menyumbang pada ummah & masyarakat .. kita boleh memanafaatkan media social atau apa sahaja medium yang kita ada. Saya sendiri menyumbang serta cuba ubah lingkungan saya dengan siri ceramah kewangan percuma yang saya kendalikan misalnya.
|Semuanya terletak pada diri kita sendiri , pilihan pada kita , nak terus menyalahkan orang lain itu mudah .. tak kira apapun rungutannya .. dari kenaikan harga barang sampailah kepada subsidi yang kita tiada tiada kawalan atau kita boleh ambil tindakan yang lebih mudah :-
1. Kawal diri kita sendiri
2. Tambah Harta
3. Naikan ekomomi keluarga
4. Jaga keselamatan diri & keluarga
5. Lupuskan hutang peribadi
6. Bina legasi masa depan
Tak tahu macam mana nak mula ? . Baca kisah peserta saya di ruang komen .. ikut panduan yang di berikan.
Atau nak terus merungut dan menyalahkan orang lain ?