Tax Audit

Tax Audit Our objective is to providing the best core quality Tax services and advices to clients satisfaction

KOTA KINABALU - Syarikat kecil tidak lagi akan dipaksa melaksanakan e-invois bermula Januari depan, selepas kerajaan ber...
06/12/2025

KOTA KINABALU - Syarikat kecil tidak lagi akan dipaksa melaksanakan e-invois bermula Januari depan, selepas kerajaan bersetuju menaikkan had
'threshold' daripada RM500,000 kepada RM1 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan menerima banyak rungutan, khususnya daripada peniaga kecil termasuk komuniti Cina yang menganggap pelaksanaan e-invois membebankan.
"Ada juga lain-lain masalah dibangkitkan terutama
dari peniaga kecil termasuk peniaga Cina di bandar
tentang e-invoicing, terutama yang melibatkan syarikat-syarikat kecil. Syarikat besar ini, tahun 2025 takkanlah syarikat besar nak komplen, nak bantah lagi soal e-invoicing, mereka ada keupayaan mencatat keuntungan yang lebih baik, invois lah profesional.
"Tapi syarikat-syarikat kecil dan sederhana ini rasa
itu menambah beban dan kos. Saya dengar....Sebab itu saya tak boleh umum masa kempen kerana itu bertentangan dengan peraturan. Saya hanya boleh menyebut kita telah mengarahkan supaya Kementerian Kewangan mengkaji semula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Sabtu.
Menurut beliau, kajian semula tersebut dilakukan dalam masa singkat sebelum dibentang kepada Jemaah Menteri yang kemudian memutuskan untuk menaikkan 'threshold' kepada RM1 juta.
"Semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri sudah
putuskan peringkat awal iaitu threshold syarikat jumlah RM500,000 itu dibatalkan dan dinaikkan
RM1,000,000 minima.
"Jadi maknanya syarikat-syarikat kecil betul tidak perlu lagi dipaksa e-invoicing untuk sekarang ini," katanya.
Beliau menambah bahawa pelaksanaan e-invoise selepas paras RM1 juta akan dikaji dengan lebih mendalam, termasuk implikasi kos terhadap peniaga.

Address

Kuala Lumpur
50470

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tax Audit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tax Audit:

Share