09/12/2021
๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐?
#๐ก๐ถ๐น๐ฎ๐ถ
Ada orang bila pencen ada RM500,000 dah cukup. Ada orang RM1,000,000 dah cukup. Lain orang lain keperluan.
Cuba kita kira, katakan pencen kita nak pakai sekurang kurangnya RM4,000 sebulan. Setahun dah RM48,000.
Kalau ada RM500,000 pada umur 65 tahun duit simpanan dah nak abis.
#๐๐ฝ๐ฎ๐ก๐ฎ๐ธ๐๐๐ฎ๐
Habis tu, tak kan nak kerja balik bila duit dah pokai? Badan pun dah tak larat nak kerja balik.
Purata umur manusia meninggalkan dunia ni sekitar umur 75 tahun. Ada 10 tahun lagi nak hidup kalau dipanjangkan usia.
Itu kalau duit pencen kita tak buat apa apa, hanya untuk belanja keperluan harian je. Kalau ada faktor lain contohnya setelkan hutang seperti pinjaman rumah, pinjaman kereta, perbelanjaan anak dekat universiti lagi, tunaikan haji/umrah bagi umat islam dan banyak lagi. Cukup ke nak teruskan kehidupan seharian nanti bila dah takda/kurang sumber pendapatan?
Kalau ditakdirkan anak anak dapat membantu alhamdulillah. Yang tak bantu bukan tidak mahu, tapi di zaman sekarang yang kian mencabar, kerja susah nak dapat, rumah sewa pun dah mahal dan macam macam lagi. Mereka pun tersepit dengan cost of living.
#๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐๐๐ฒ๐ฟ๐๐ถ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด
Apa-apapun sebelum terlambat kita boleh buat beberapa persediaan sebelum meniti hari tua.
Pertama, kita boleh memperbanyakkan pendapatan pasif seperti buat sewa rumah, sewa kereta, buat bisnes dan lain lain lagi yang membolehkan kita mendapat pendapatan tanpa perlu bekerja kuat.
Kedua, simpan duit di tempat yang memberi dividen seperti di Takaful, ASB, Tabung Haji etc.
Haaa, nanti dah umur 55 tahun jangan simpan duit pencen dekat bank, lagi bagus simpan dekat 3 instrumen di atas tu ye.
#๐ฆ๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ๐๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐
Lagi banyak kita besedekah lagi berlipat ganda Allah akan balas. Dalam Al-Quran pun dah sebut dalam surah Al-Baqarah ayat ke 245.
Tak percaya cuba kita bersedekah mesti hati rasa tenang je kan.
Moral of the story for today, cuba perbanyakkan harta kita di dunia ini dengan cara yang halal dan syariah compliance, sebabnya pada penghujung usia kita kelak banyak harta dan wang kita boleh dijadikan sebagai saham akhirat ๐๐ป