28/06/2026
BERJAYA TAPI TAK GEMBIRA.
Hari semalam 27/6/2026 adalah event terbesar Public Gold dimana semua dealer Public Gold diberikan award atas pencapaian yang dicapai oleh setiap dealer Public Gold bagi financial year tahun sebelumnya.
Alhamdulillah, sepertimana tahun lepas, saya dan suami, Amirul Aizad menerima 5 award dari Public Gold dan tahun ni Allah bagi saya 4 award dan salah satunya adalah award yang terbesar dalam hidup saya iaitu single tiket percutian ke Budapest yang ditaja penuh oleh Public Gold.
Saya berjaya tapi tak gembira bukanlah sebab saya tak capai double ticket untuk award percutian ke Budapest (walaupun saya memang rasa sedih bila fikirkan yang saya dan hero saya akan berjauhan seketika sebab kami tak pernah duduk jauh-jauh since kahwin melainkan hanya 4 hari sahaja sebab dapat award bercuti di yogyakarta tajaan Public Gold tahun lepasπ’),
Tapi sebenar-benarnya yang buatkan saya tak gembira dapat award kali ni adalah disebabkan saya hanya mampu bawa dua orang sahaja dalam team saya untuk naik ke pentas dan ambil award bersama-sama saya tahun ni.
Betul kata leader saya cik Shara Ismail, kegembiraan yang terbesar dalam Public Gold yang sebenar-benarnya bukanlah datang dari kejayaan kita, tapi bila kita tengok team di bawah kita sendiri berjaya naik ke pentas bersama-sama kita.
Saya bukanlah seorang leader yang hebat, tapi saya tak pernah berhenti berusaha belajar jadi leader yang terbaik untuk team saya. Kalau team saya berjaya lebih tinggi dari saya pun saya akan rasa lebih gembira sebab saya tahu saya dah berjaya bantu team saya ubah hidup dan kewangan mereka jadi lebih baik dengan bisnes Public Gold.
Tahniah dua orang hebat dalam team saya, Adilah Amran dan Nuur Syafinaz atas kejayaan yang dicapai tahun lepas. Saya tekad, Award Recognition Night Public Gold tahun depan saya akan pastikan 20 orang dalam team saya akan naik ke pentas bersama-sama saya tahun depan in sha Allah.