25/05/2026
Kronologi urus claim klinik anak client :
▪️5 Mei 2026, submit bil klinik kepada GETB.
▪️5 hari bekerja kemudian, claim lulus pada 12 Mei 2026.
▪️19 Mei 2026, CIMB reject sebab invalid individual ID number. Jadi nadia minta client update semula nombor akaun bank dalam sistem client GETB. Patut masa ni dah dapat, tapi delayed dari side bank.
▪️25 Mei 2026, client inform claim klinik dah masuk. Alhamdulillah.
So, siapa kata claim klinik tak cover? Cover je. Tapi claim selepas discharge ward.
🔰 Tentang referral letter.
Semua client nadia, baik medical card plan lama atau baru, nadia akan advice pergi klinik dulu untuk dapatkan referral letter.
Tahu tak sebab apa?
Sebab referral letter tu sangat membantu untuk mudahkan urusan warded, terutama kalau bukan kes accident atau kritikal.
Ramai tak tahu,
katil hospital swasta pun selalu penuh.
Kes client yang ini lah, waktu tu bilik untuk kids penuh.
Tapi sebab ada referral letter dari klinik,
client tetap dapat warded.
Kalau client terus walk in tanpa referral letter,
selalunya hospital akan suruh datang semula timing lain atau cari hospital lain.
Lagi satu,
kalau terus terjah hospital swasta tanpa referral letter,
semua checkup doktor tu guna kos sendiri.
Kalau doktor kata tak perlu warded,
bil tu tak dapat claim.
Pernah dapat seorang client degil. Terus RM450 kena.
Tak boleh claim sebab tak warded.
Tapi, kalau ke klinik swasta dulu, at least banyak boleh jimat jika tak warded.
Untuk medical card baru, jika tak ke klinik panel dulu, ada penalti tau. Jadi hati-hati. Minta agent advice betul-betul.
Begitulah.
Nak nadia bantu dapatkan medical card, boleh text.