04/02/2021
Bila PKP Ni banyakkan membaca untuk jiwa anda
Jom Kita lihat soroton kisah2 berikut,
Pengasas Dnars, Faziani Rohnan Ahmad meninggal dunia dln kepenatan beliau brulang alik memberi sedekah di Thailand.
Aishah Bahar, gadis Indonesia mninggal tahun lalu sebaik selesai mbaca Al-Quran seusai solat Subuh.
Ahmad Ammar, mninggal dunia ketika sedang dalam pjalanan mhadiri kuliahnya, bbp thn dulu.
Seorg doktor MA yg dikenali meninggal dunia selepas solat dhuha yg menjadi amalannya.
B*k lagi kisah yg indah pengakhirannya.
Mereka semua ni sihat.
Langsung takda apa-apa penyakit.
Sungguh sihat walafiat.
Lebih hebat lagi adalah.....
Meninggal ketika sedang buat amalan yang mereka s**a buat.
Ustaz Don dalam satu ceramahnya berkata....
Kita ni manusia biasa. Bukan solehin. Bukan tabiin. Bukan alim ulama. Bukan ustaz ustazah. Bukan siapa-siapa pun.
Tahap ibadah tak setaraf dengan golongan di atas.
Tapi, kita mesti cari satu ibadah yang kita s**a dan senang nak buat.
Ikut kederat kita, mampu kita, masa kita. Mesti!
Bila dah jumpa, amalkan dengan istiqomah.... sampai sebati. Istiqomah ni maksudnya, bila kita tak buat, kita jadi susah hati. Macam ada benda yang tak selesai untuk hari itu.
Kalau senang mengaji, mengaji.
Kalau senang sedekah, sedekah.
Kalau senang solat sunat, solat.
Kalau senang puasa, puasa.
Kalau senang tolong orang, tolong.
Kalau senang zikir, zikir.
Kalau senang berjemaah, pergi.
Buat dan buat dan buat. Jangan tinggal. Biar dia jadi kawan paling rapat kita kat mana pun. Yang bila kita tak tinggal dia, dia tak sampai hati nak tinggal kita.
Berdoalah, semoga kita mati dalam amalan yang kita selalu buat ni. Dengan sahabat baik yang kita tak pernah tinggal ni.
Begitu saya rasa nasihat Ustaz Don ni kena tepat dengan kisah kematian yang manis-manis macam di atas.
Meninggal masa sedang buat amalan yang mereka selalu dan s**a buat. Amalan yang dah jadi sahabat.
Husnul khotimah.
Bila dah ada matlamat, dah tanam niat, usahakan dengan sepenuh keringat.
InsyaAllah!
Buat sampai jadi tabiat. ๐ฏโค๏ธ
Alhamdulillah TABIAT SAL berikan kesedaran perlindungan Takaful patuh syariah buat sahabat2, c