17/02/2026
Insiden Pokok Tumbang: Perspektif Takaful dan Insurans dalam Pengurusan Risiko
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Risiko kejadian seperti ini boleh berlaku di mana-mana dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa diduga. Takziah diucapkan kepada mangsa yang terlibat. Semoga mangsa dipermudahkan segala urusan, diberikan kesembuhan sepenuhnya, dan keluarga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Dari perspektif takaful dan insurans, sekiranya berlaku kejadian seperti pokok tumbang yang menghempap kenderaan dan menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta, terdapat dua saluran utama tuntutan yang boleh dipertimbangkan oleh mangsa atau waris:
1. Tuntutan Melalui Perlindungan Takaful / Insurans Motor
Mangsa boleh membuat tuntutan di bawah sijil takaful atau polisi insurans motor mereka, khususnya jika pelan tersebut merangkumi perlindungan terhadap risiko seperti:
π³ Objek jatuh (falling objects) termasuk pokok tumbang
βοΈ Bencana alam (special perils) seperti ribut, banjir, tanah runtuh dan sebagainya
Perlindungan komprehensif (comprehensive cover)
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa implikasi penting:
β‘ Tuntutan ini biasanya akan menyebabkan No Claim Discount (NCD) kembali kepada 0% pada pembaharuan sijil/polisi seterusnya;
π Ini akan menyebabkan sumbangan takaful atau premium insurans meningkat pada tahun berikutnya;
π Namun, kelebihan utama ialah proses tuntutan biasanya lebih cepat kerana ia melibatkan pengendali takaful atau syarikat insurans sendiri
Selain kerosakan kenderaan, jika mangsa mempunyai perlindungan tambahan seperti:
β
Takaful Kemalangan Diri (Personal Accident)
β
Takaful Perubatan dan Kesihatan
maka kos rawatan dan pampasan kecederaan juga boleh dituntut di bawah sijil tersebut.
2. Tuntutan Melalui Perlindungan Tanggungan Awam (Public Liability) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Pilihan kedua adalah membuat tuntutan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyelenggara kawasan awam tersebut, iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam kes ini, ia melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sekiranya pokok yang tumbang tersebut berada di bawah seliaan dan tanggungjawab mereka.
Kebiasaannya, PBT mempunyai perlindungan Public Liability Takaful/Insurance, yang melindungi mereka daripada tuntutan pihak ketiga akibat:
β€βπ©Ή Kecederaan tubuh badan
π Kematian
π€ Kerosakan atau kemusnahan harta benda pihak awam
Kelebihan utama membuat tuntutan melalui saluran ini ialah:
β
Tidak menjejaskan NCD pemilik kenderaan
β
Mangsa boleh menuntut pampasan penuh bagi kerosakan harta dan kecederaan
β
Tuntutan dibuat terhadap pihak yang bertanggungjawab dari sudut undang-undang (legal liability)
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:
β οΈ Mangsa perlu membuktikan bahawa pokok tersebut berada di bawah seliaan PBT
β οΈ Mungkin terdapat elemen kecuaian (negligence) seperti kegagalan penyelenggaraan
β οΈ Proses tuntutan mungkin mengambil masa lebih lama kerana melibatkan siasatan dan proses undang-undang
β οΈ Perkara Berkaitan "Excess" dalam Tuntutan Public Liability
Dalam perlindungan Public Liability, terdapat amaun yang dikenali sebagai βExcessβ, iaitu jumlah tertentu yang perlu ditanggung terlebih dahulu sebelum perlindungan takaful/insurans membayar baki tuntutan.
Amaun Excess ini:
Berbeza mengikut setiap PBT
Dinyatakan dengan jelas dalam sijil takaful atau polisi insurans mereka
Biasanya tidak ditanggung oleh mangsa secara langsung, tetapi merupakan sebahagian daripada struktur perlindungan pihak yang diinsurans/ditakafulkan
Namun, dari sudut praktikal, proses tuntutan dan penyelesaian pampasan bergantung kepada hasil siasatan liabiliti oleh panel adjuster dan terma serta clausa sijil/polisi.
Kepentingan Mendapatkan Nasihat dan Bertindak Awal.
Sekiranya anda mengenali mangsa atau waris mangsa, mereka boleh disarankan untuk:
β
Mengumpulkan bukti seperti gambar kejadian, laporan polis dan laporan perubatan
β
Menghubungi pengendali takaful atau syarikat insurans mereka
β
Membuat laporan rasmi kepada PBT yang berkaitan
β
Mendapatkan nasihat profesional daripada wakil/penasihat takaful, pengendali takaful atau penasihat insurans atau peguam.
Tindakan awal boleh membantu memastikan hak mangsa dilindungi dan proses tuntutan berjalan dengan lebih lancar.
Kesimpulan
Insiden seperti ini mengingatkan kita bahawa risiko boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa amaran. Takaful dan insurans memainkan peranan penting sebagai mekanisme perlindungan kewangan bagi membantu mangsa menghadapi kesan kewangan akibat musibah yang tidak dijangka.
Dalam masa yang sama, pemahaman mengenai saluran tuntutan yang betul dapat membantu mangsa membuat keputusan yang lebih tepat dan mengelakkan kerugian yang tidak perlu, termasuk kehilangan manfaat seperti NCD.
Sekali lagi, Semoga mangsa diberikan kesembuhan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusan.
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diminta mengambil tindakan segera susulan insiden pokok tumbang yang menghempap dua pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, di sini, tengah hari tadi.