28/11/2024
Alhamdulillah.. Tahniahh kepada yang dah berjaya ada RM1juta dalam akaun KWSP. ๐๐คฒ๐ป
Juz sharing, kalau duit2 yang dalam kwsp ni kaedah pembahagian adalah secara faraid. (Memang dah termaktub dalam akta & fatwa). Tetapi, masih ada cara untuk hibahkan sedikit portion dalam kwsp tersebut, iaitu dengan mengeluarkan sebahagian akaun 1 untuk dilaburkan kedalam mana2 akaun Unit Trust (yg patuh syariah). Maka akaun unit trust tersebut boleh dihibahkan kepada penerima-penerima mengikut hasrat si pemilik.
Ramai pelanggan2 saya dah gunakan kaedah ini, sekurang-kurangnya simpanan yg ada dapat protect untuk kegunaan keluarga tersayang. (Anak2 & isteri). Yg selebihnya biarlah di faraidkan kerana waris lain juga ada hak dan bahagian masing-masing, melainkan mereka โtakharujโ melepaskan hak/bahagian mereka.
Yg penting kaedah ini patuh syarak, inshaa Allah. Nak tahu lebih lanjut boleh klik link di bio profile saya untuk dibantu.
Semoga bermanfaat. ๐
Bismillah.
Sesungguhnya ada simpanan 1 juta dalam KWSP untuk orang biasa itu benar. Tengok ni, penyata milik seorang ketua keluarga dalam circle aku, umur 45, kerja bidang IT di KL.
Dia pergi balik kerja naik motor saja pasal tak nak sangkut dalam traffic jam. Grad umur 23 terus kerja dan macam orang lain juga ada keluarkan duit dari Akaun 2 untuk beli rumah.
Macam mana dia boleh kumpul sejuta dalam KWSP? Daripada apa yang dia bagi tau aku, semua orang boleh buat. Pertama, mesti ada kerja yang stabil dan gaji yang cukup.
Kedua, kena mencarum dalam KWSP lah. Dia carum 11% kemudian naikkan ke 12% dan 13%. Majikan dia pun mencarum juga. Berapa % bahagian majikan dia bagi, aku tak tau.
Ketiga, dia tak sentuh duit KWSP jika tak perlu. Tengok masa PKP dulu berapa ramai terkesan. Dia steady, maka aku beranggapan dia ada simpanan kecemasan yang cukup.
Keempat, dia tingkatkan caruman dengan cara tinggikan gaji dengan cara job hopping (boleh minta gaji lebih tinggi daripada majikan baru). Dia dah tukar majikan 8 kali.
Kelima, dia bayar zakat (wajib dan untuk cari keberkatan). Bila berkat, Tuhan tambah lagi. Dan aku assume dia ada juga buat projek sedekah jariah yang lain.
Apa tujuan aku tulis ni? Untuk beritahu yang menyimpan secara berterusan dan berdisiplin pun boleh jadi jutawan. KWSP bagi dividen 5.4% untuk 2023 jadi nanti dia dapat 54154.
Kalau dia dah pencen, maknanya tahun ni dia boleh belanja 4512 sebulan (54154 / 12), makan duit dividen je, duit pokok sejuta tu tak payah usik pun. Tenang je hidup.
Ini baru umur 45, kalau dia pencen umur 60, boleh cecah lebih 2 juta dalam KWSP dia, ada harapan merasa pencen 10000 sebulan dan duit pokok 2 juta tu tak luak langsung.
Jutawan senyap macam ni ramai tapi mereka humble dan low profile. Kita ambil semangat mereka. Kalau belum mula lagi, malam ni pasang niat dan mimpi dulu, esok jalankan.
Wallahua'lam.
Kredit Penulis Nur Fadhli Bassar