19/08/2026
4 TIPS UNTUK ELAK DARI MASALAH KEWANGAN
Tips ini sangat sesuai untuk memastikan kewangan kita akan datang, dapat terurus dengan baik terutamanya untuk anak muda!
1. Ketepikan 10-15% dari gaji bulanan sebagai simpanan tetap setiap bulan.
Ingat, jika gagal ketepikan peratusan ini sebagai simpanan tetap setiap bulan, dekat sinilah akan mulanya titik masalah kewangan di kemudian hari. Jadi, berhenti bagi alasan untuk tidak ketepikan duit anda untuk menyimpan.
Contoh gaji anda RM2,000 sebulan (sebelum penolakan), RM200-RM300 wajib dijadikan sebagai simpanan tetap. Tak kisah jika anda ingin menyimpan di mana, contoh ASB pelaburan tunai, tabung haji atau pun ASB financing.
2. Cari pendapatan tambahan.
Hidup zaman kini, sangat mencabar. Jadi, berhenti bagi alasan 'tidak cukup' dan mula berfikir bagaimana cara untuk mencari pendapatan tambahan.
Jika anda terus bagi alasan seperti tidak ada masa, tidak tahu nak buat apa dan sebagainya, anda akan terus gagal jika hidup dengan penuh alasan tanpa usaha untuk bertindak dan berubah.
3. Elakkan buat pinjaman untuk orang lain.
Jika boleh elak, elaklah sekerasnya untuk gunakan nama anda untuk pinjaman orang lain termasuklah untuk pasangan, adik beradik dan sesiapa sahaja. Mungkin saya boleh kata ada keadaan kita perlu guna nama kita untuk pemohonan pinjaman bersama tetapi ingat, ianya masih ada resiko yang besar. Jadi, fikirlah masak-masak.
4. Jangan beli kereta dengan installment melebihi 15% dari gaji bulanan.
Nak beli kereta, ikot tips mudah ini, insyaAllah kewangan anda akan lebih terurus dengan baik.
- Harga kereta tidak melebihi setahun gaji. Contih gaji sebulan RM3,000 cari kereta yang hargnnya tidak melebihi RM36,000.
atau
- Installment mereka tidak melebihi 15% dari gaji bulanan. Contoh gaji RM3,000 jadi installment bulanan kereta tidak boleh lebih dari RM450 sebulan.
Jika gaji RM1,500 - RM2,000 macan mana? kereta apa yang sesuai? Cari alternative lain seperti kereta terpakai, motosikal atau gunalah public transport.
---------
Insya Allah jika kita dapat buat 4 perkara ini, kewangan kita akan lebih terurus dan kita dapat elak dari masalah kewangan di kemudian hari.
Dapat sesuatu?
Jom join telegram info kewangan & simpanan
ππ» t.me/bijakkewanganbyfaizal
Nak mulakan simpanan yang lebih bijak melalui ASBF? Klik direct link di bawah
β
www.wasap.my/+60107666074