Helmi Hamdan Chartered Accountant

Helmi Hamdan Chartered Accountant menghadapi masalah menyediakan akaun, audit dan cukai syarikat anda, kami tahu penyelesaianya, hubungi kami segera

Merupakan sebuah firma perakaunan milik bumiputera yang ditubuhkan untuk memberikan khidmat freelance akaun, audit, percukaian, analisis kewangan, penubuhan syarikat dan khidmat konsultan serta nasihat bagi peniaga/ syarikat bumiputera untuk lebih berdaya maju.

09/09/2022
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari ke website kami:
08/08/2018

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari ke website kami:

Helmi Hamdan Chartered Accountant ditubuhkan di bawah syarikat Expert Numerical Global (002691092-H) yang mula beroperasi pada 17 Ogos 2017 dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Syarikat ini ditubuhkan untuk membantu dan memberi khidmat nasihat kepada peniaga Bumiputera mengenai kepentingan pengu...

Yang terselindung disebalik kejayaan
16/10/2017

Yang terselindung disebalik kejayaan

Perkara paling asas dan penting didalam penyediaan Perakaunan perniagaan adalah segala dokumen yang berkaitan dengan per...
13/10/2017

Perkara paling asas dan penting didalam penyediaan Perakaunan perniagaan adalah segala dokumen yang berkaitan dengan perniagaan seperti :

1) Inbois/ Resit perbelanjaan
2) Inbois/ Resit penerimaan hasil
3) penyata bank (Bank statement)
4) Buku tunai
5) Perjanjian yang berkaitan

bagi syarikat yang baru ditubuhkan resit pendaftaran syarikat juga perlu disimpan dan perlu direkodkan sebagai fee pendafatran syarikat (Incopration fee) serta yang berkaitan.

TAHUKAH ANDA ?Terdapat 6 fasa didalam penyediaan perakaunan diantaranya :> Fasa 1 -  Pengumpulan Urusniaga Pengumpulan  ...
13/10/2017

TAHUKAH ANDA ?

Terdapat 6 fasa didalam penyediaan perakaunan diantaranya :

> Fasa 1 - Pengumpulan Urusniaga

Pengumpulan data-data urusniaga mestilah disokong dengan dokumen perniagaan yang berkaitan contohnya:
jualan kredit mesti dibuktikan dengan invois, belanja tunai runcit mesti dibuktikan dengan baucar tunai runcit/resit pembelian

> Fasa 2 - Analisa Urusniaga

Analisa urusniaga adalah untuk melihat kesan urusniaga ke atas persamaan perakaunan:
Aset = Liabiliti + Ekuit Pemilik

> Fasa 3 - Penjurnalan

Penjurnalan adalah proses merekod urusniaga dalam Jurnal, mengikut turutan tarikh berlakunya urusniaga

> Fasa 4 Pemindahan Ke Akaun Lejar

Pemindahan ke akaun lejar adalah pemindahan data-data yang direkod dalam Jurnal ke akaun-akaun dalam Lejar

> Fasa 5 Penyediaan Imbangan Duga

Imbangan Duga disediakan pada setiap akhir tempoh perakaunan. Ia merupakan senarai akaun-akaun yang terdapat dalam lejar beserta baki bagi setiap akaun.

> Fasa 6 Penyediaan Penyata Kewangan

Fasa ini melibatkan penyediaan tiga penyata kewangan yang utama iaitu Penyata Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan Penyata Aliran Tunai.

Pengurusan kewangan merupakan elemen yang sangat penting didalam sesebuah organisasi perniagaan.  Daripada kajian yang d...
11/10/2017

Pengurusan kewangan merupakan elemen yang sangat penting didalam sesebuah organisasi perniagaan. Daripada kajian yang dijalankan mendapati mejoriti perniagaan melayu mempunyai pengurusan kewangan yang lemah seperti rekod jual beli tidak dikemas kini dan tidak menggunakan khidmat juruaudit.

Nurulhuda Mustafa dan Ramlee mustafa Kajian Kes Usahawan Tani Industri Kecil Sederhana (IKS)
Bumiputera di Negeri Terengganu
(A Case Study of SMI Bumiputera Agropreneurs in Terengganu)

Perumpamaan sebuah perniagaan adalah seperti tubuh manusia.Kaki & Tangan =  pekerja utama (prime line worker)Mulut = Per...
09/10/2017

Perumpamaan sebuah perniagaan adalah seperti tubuh manusia.

Kaki & Tangan = pekerja utama (prime line worker)
Mulut = Perundangan
Jantung = Pentadbiran
Otak = Perakaunan

bayangkan jika manusia hidup tanpa otak yang tidak berfungsi...bukankah ia kelihatan seperti Zombie...

Motivasi
06/10/2017

Motivasi

Fungsi tubuh manusia adalah seperti sebuah organisasi, dimana setiap anggota mempunyai peranan dan tugasan masing-masing...
04/10/2017

Fungsi tubuh manusia adalah seperti sebuah organisasi, dimana setiap anggota mempunyai peranan dan tugasan masing-masing.

-Helmi Hamdan-

Daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapat 7 masalah  utama yang menghalang kejayaan perniagaan Bumiputer...
02/10/2017

Daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapat 7 masalah utama yang menghalang kejayaan perniagaan Bumiputera untuk maju ke hadapan. Diantaranya ialah :

1-Kurang ilmu dalam perniagaan yang ingin diceburi.
2- Pengurusan Perakauanan dan kewangan yang tidak cekap
3- Tidak berani melabur untuk mempromosi barangan mereka.
4-Tiada matlamat yang konsisten.
5- Tiada hubungan yang baik dengan pelanggan dan pembekal.
6- Tidak menerapkan konsep mesra pelanggan.
7- Tidak saling membantu antara satu sama lain.

Hasnah Ali, Norhafizah Abdul Razak & Sanep Ahmad. (2010). Faktor Mempengaruhi Kejayaan
Usahawan Peruncitan Melayu: Satu Kajian Kes .

Assalamualaikum w.b.t dimulakan Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang
17/08/2017

Assalamualaikum w.b.t dimulakan Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi penyayang

Address

Bandar Sri Damansara
Kuala Lumpur
52200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Helmi Hamdan Chartered Accountant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Helmi Hamdan Chartered Accountant:

Share

Category