Koperasi Kakitangan PETRONAS - KOPETRO

Koperasi Kakitangan PETRONAS - KOPETRO Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koperasi Kakitangan PETRONAS - KOPETRO, Financial Consultant, C-18-2, Megan Avenue II, No 12, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.
(1)

Laman Rasmi Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)
Koperasi Nombor 1 di Malaysia 2025
KOPETRO telah diperbadankan di bawah Akta Koperasi 1993 (Disemak 1980)

📸 Sesi Perjumpaan serta Penghargaan KOPETRO dan IKMa 🤝Pada 4 Jun 2026, KOPETRO telah menerima kunjungan daripada Institu...
05/06/2026

📸 Sesi Perjumpaan serta Penghargaan KOPETRO dan IKMa 🤝

Pada 4 Jun 2026, KOPETRO telah menerima kunjungan daripada Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan penyertaan KOPETRO dalam penyelidikan bertajuk Kajian Kesan Campuran Pemasaran Terhadap Prestasi Jualan Produk Koperasi (Makanan dan Minuman) di Malaysia.

Sesi ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada KOPETRO atas sumbangan input dan perkongsian pandangan yang telah membantu menjayakan kajian tersebut, di samping membuka ruang kepada perbincangan dan pertukaran idea berkaitan pembangunan sektor makanan dan minuman dalam gerakan koperasi.

Delegasi IKMa diketuai oleh Puan Sri Datin Sri Noraesyah binti Saari, Pengarah Kanan Bahagian Keusahawanan dan Perniagaan IKMa yang juga merupakan Penasihat kepada penyelidikan berkenaan.

Turut hadir mewakili KOPETRO ialah Encik Ahmad Husaini Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Hasnoal Idris, Ketua Pelancongan dan Makanan.

Sesi ini mencerminkan komitmen berterusan KOPETRO dalam menyokong usaha penyelidikan dan perkongsian ilmu yang dapat menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan sektor koperasi di Malaysia.

03/06/2026

(Repost) Bro Tahu Beritahu – Peribadi-i 💼✨

Kali ini Bro Tahu nak kongsi satu kemudahan yang anggota mungkin terlepas pandang.

Peribadi-i bantu anda urus keperluan kewangan dengan lebih terancang. Dengan pembiayaan sehingga RM350,000, kadar keuntungan kompetitif dan tempoh sehingga 10 tahun, ia sesuai untuk pelbagai perancangan peribadi.

Bro Tahu percaya, bila kewangan lebih tersusun, urusan pun jadi lebih tenang.

Nak tahu kelayakan atau maklumat lanjut?
Hubungi kami sekarang mengenai Pembiayaan Peribadi-i.

No. Telefon: 019-2046146
WhatsApp: https://wa.me/60192046146
Emel: [email protected]

Jom Jadi  Anggota KOPETRO! ✨Ingin menjadi sebahagian daripada koperasi yang diiktiraf sebagai yang terbaik di Malaysia? ...
03/06/2026

Jom Jadi Anggota KOPETRO! ✨

Ingin menjadi sebahagian daripada koperasi yang diiktiraf sebagai yang terbaik di Malaysia? Kini masanya untuk melangkah bersama KOPETRO dan menikmati pelbagai kelebihan sebagai Anggota.

Sebagai Anggota, anda berpeluang menikmati tawaran eksklusif, akses kepada produk serta perkhidmatan istimewa, dan pelbagai inisiatif yang dirangka khusus untuk menyokong keperluan kewangan serta gaya hidup anda.

Tidak kira sama ada untuk perancangan masa depan, perlindungan, atau peluang lain yang ditawarkan dari semasa ke semasa, keanggotaan KOPETRO membuka lebih banyak ruang dan manfaat.

📲 WhatsApp: https://wa.me/60192616146
🌐 www.kopetro.com.my

KOPETRO – Diiktiraf sebagai Koperasi No. 1 di Malaysia 2025

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pert...
01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

Sembah takzim daripada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙✨Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dal...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙✨

Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam kehidupan.

Semoga hari yang mulia ini disambut dengan penuh keberkatan, ketenangan dan kegembiraan bersama keluarga serta insan tersayang.

Ikhlas daripada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)

Salam Hari Arafah 1447H 🤲Sempena Hari Arafah yang penuh keberkatan ini, KOPETRO ingin mengucapkan selamat beribadah kepa...
25/05/2026

Salam Hari Arafah 1447H 🤲

Sempena Hari Arafah yang penuh keberkatan ini, KOPETRO ingin mengucapkan selamat beribadah kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, zikir dan amal kebaikan, semoga segala amalan diterima serta dikurniakan keampunan, rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

Ikhlas daripada Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO)

EKSKLUSIF UNTUK ANGGOTA KOPETRO 🛋️✨ DISKAUN ISTIMEWA PERABOT EMPIRE REKAIstimewa buat Anggota KOPETRO! Nikmati diskaun 5...
25/05/2026

EKSKLUSIF UNTUK ANGGOTA KOPETRO 🛋️✨
DISKAUN ISTIMEWA PERABOT EMPIRE REKA

Istimewa buat Anggota KOPETRO! Nikmati diskaun 5% untuk pembelian perabot di Empire Reka, daripada ruang tamu hingga bilik tidur, dengan pilihan gaya kontemporari dan moden yang memenuhi citarasa anda.

Lebih menarik, perabot idaman boleh dimiliki pada harga bermula sekitar RM1,300 (bergantung pada pilihan produk).

📱 Cara tebus diskaun:
Tunjukkan Kad Digital Eksklusif dalam aplikasi myKOPETRO semasa membuat pembelian.

💡 Nak lebih fleksibel?
Anggota juga boleh memohon pembiayaan Konsumer-i melalui KOPETRO untuk memudahkan bayaran.

📲 Muat turun aplikasi myKOPETRO melalui kod QR atau hubungi kami untuk maklumat lanjut:
📞 019-261 6146
💬 https://wa.me/60192616146
📧 [email protected]

KONGSI REZEKI DENGAN TABUNG INFAQ MAKANANAyuh sama-sama kita bersedekah dan berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlu...
22/05/2026

KONGSI REZEKI DENGAN TABUNG INFAQ MAKANAN

Ayuh sama-sama kita bersedekah dan berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan melalui Tabung Infaq Makanan.

Melalui pakej minimum serendah RM36 sebulan untuk tiga pek makanan, bantuan makanan ini akan diedarkan kepada para asnaf, fakir, serta pusat tahfiz. Semoga sumbangan ini dapat mengukir senyuman di bibir mereka.

Khas buat anggota, sumbangan boleh dibuat melalui potongan gaji atau pindahan wang secara dalam talian. Hubungi 03-21611990 atau https://wa.me/60192616146 untuk sebarang pertanyaan.

Kunjungi booth KOPETRO di PETRONAS Gas Berhad Segamat! ✨KOPETRO Roadshow akan berada di SOC Lobby, PETRONAS Gas Berhad S...
21/05/2026

Kunjungi booth KOPETRO di PETRONAS Gas Berhad Segamat! ✨

KOPETRO Roadshow akan berada di SOC Lobby, PETRONAS Gas Berhad Segamat, Johor pada 21 Mei 2026, dari jam 10:00 pagi hingga 3:00 petang.

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai keanggotaan KOPETRO serta peluang pembiayaan dan pelbagai lagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami.

Jumpa anda di sana!



Visit the KOPETRO booth at PETRONAS Gas Berhad Segamat! ✨

The KOPETRO Roadshow will be at SOC Lobby, PETRONAS Gas Berhad Segamat, Johor on 21 May 2026, from 10:00 AM to 3:00 PM.

Visitors can find out more about KOPETRO membership, financing opportunities, and explore a range of products and services offered by us.

See you there!

PERLINDUNGAN TAKAFUL UNTUK ANDA & KELUARGAKeselesaan dan keselamatan keluarga sentiasa menjadi keutamaan.Dengan caruman ...
21/05/2026

PERLINDUNGAN TAKAFUL UNTUK ANDA & KELUARGA

Keselesaan dan keselamatan keluarga sentiasa menjadi keutamaan.

Dengan caruman bermula RM10 sebulan, anda boleh menikmati perlindungan sehingga RM300,000 melalui pelan takaful Protect Plus.

Pelan ini merangkumi 51 penyakit kritikal, potongan gaji untuk anggota, serta manfaat yang dilanjutkan kepada pasangan dan anak-anak.

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan pelan takaful MyHome dan MyRumah, pilihan mampu milik untuk melindungi kediaman anda sama ada di bandar atau di desa.

📞 012-397 5965
💬 WhatsApp: https://wa.me/60123975965
📧 [email protected]
🌐 www.kopetro.com.my

Tertakluk pada Terma & Syarat.

Address

C-18-2, Megan Avenue II, No 12, Jalan Yap Kwan Seng
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60321611990

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Kakitangan PETRONAS - KOPETRO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Kakitangan PETRONAS - KOPETRO:

Share