08/06/2022
FINANCIAL PYRAMID
Aku pasti ramai yang dah pernah nampak tentang financial pyramid ini. Basically apa yang nak ditunjukkan ialah flow kepentingan pengurusan kewangan.
Di bawah sekali dan paling penting ialah macam mana kita menguruskan kewangan kita selepas terima gaji/ income. Kerana itulah yang paling penting sekali semasa kita membuat perancangan kewangan kita yang lain.
Kemudian kita perlu lindungi income/ gaji yang kita terima melalui income replacement atau hibah takaful yang selalu di offer oleh agent agent. Kenapa pentingnya kita ada income replacement selepas menerima income?
Supaya kita dapat meneruskan kehidupan kita sekiranya kita tidak dapat bekerja lagi. Sudah terima income bermakna kita sudah kena berdikari dan kurang kebergantungan kepada parents kita. Selain daripada itu, kita focus juga untuk emergency fund kita.
Kemudian barulah kita focus untuk pelaburan. Focus pelaburan ialah untuk menambahkan dan mempercepatkan simpanan. Buatlah pelaburan menggunakan lebihan wang kita sahaja. Sekiranya pelaburan kita tersontot, kita masih boleh tenang meneruskan kehidupan kita.
Akhir sekali, bagi mereka yang sudah mempunyai pelbagai harta dan dah nak retire, elok lah membuat perancangan harta bagi memudahkan waris untuk menguruskan harta harta ditinggalkan. Penat kumpul dari muda, tapi bila dah tiada harta pusaka tak settle settle.