20/02/2025
BERHATI-HATI DENGAN TAKTIK PENIPUAN KEWANGAN!
Penipuan kewangan (Financial Scam) sering terjadi dengan penggunaan pelbagai helah oleh "scammer" seperti menyamar sebagai pegawai kerajaan, memaklumkan kononnya anda memenangi cabutan bertuah, atau meminta maklumat peribadi anda. Ingat, organisasi yang sah tidak akan meminta butiran sensitif melalui panggilan telefon.
Lindungi diri anda dan maklumat kewangan daripada menjadi mangsa penipuan. Sebarkan kesedaran ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda
Sumber: AIBIM