05/05/2025
TIPS KEWANGAN & CARA MENGURUSKAN
jom kita tengok cara cara uruskan duit lepas dapat gaji .
1. MEMBUAT BUDGET BULANAN
- Buat budget bulanan sebelum seminggu penerimaan gaji . Listkan setiap perkara yang perlu dibayar , perlu beli , perlu simpan , perlu menabung , perlu bersedekah . Amalkan 6 tips yang saya kongsikan di ruang story saya .
2. BERMEWAH BERPADA-PADA
- Amalkan sifat sentiasa rendah diri & sentiasa mengikut kemampuan diri sendiri , jangan terlampau ikut trend sampai kita sendiri terjerat dalam lembah hutang jahat .
3. ELAKKAN BERHUTANG TIDAK PERLU
- 2 jenis hutang yang iaitu boleh buat kita bahagia sekejap merana kemudian ataupun merana sekarang dan bahagia selamanya . Tepuk dada tanyalah selera . Nak beli sportcar yang buat kita hanya bahagia sekejap atau merana sekarang dengan membeli hartanah & sewakan yang sudah pasti akan menjadi asset kita 7 keturunan jika kita jaga asset tersebut & menurunkan kepada waris yang bijak .
4. BAYARAN SECARA CASH
- Selepas kira kira budget kita dan asingkan budget tersebut , pastikan ada cash dekat diri kita untuk dibelanjakan seminggu dan target sehari berapa nak guna . Elakkan mengunakan sistem debit ataupun swipe card . Saya faham bila kita gunakan sistem swipe pasti kita jadi mcm ni " Alah bulan depan gaji lagi " .
5. ELAKKAN WINDOW SHOPPING
- Elakkan terpengaruh dengan flash sale , ataupun shocking sales di online shopping atau membeli barang yang bukan dari keperluan kita . Listkan barang yang perlu dibeli sahaja .
6. MENABUNG
- Wujudkan tabung sendiri & kelaskan tabung tersebut . Contoh tabung emergency warna merah , tabung utiliti warna biru , tabung pendidikan warna kuning , tabung travel warna oren . Tabung kehendak warna merah .
7. PENDAPATAN SAMPINGAN
- Sentiasa ada target nak improve kan income setiap bulan . Zaman sekarang banyak kerja part time kita boleh buat . Jadi stokis , jadi dropship , jadi agent dengan mudah sahaja hanya perlu buat online .
8. BERJIMAT
- Kurangkan makan di cafe & restoren mewah , hipster . Belajar masak sendiri , sebab bila kita dah pandai masak sendiri confirm kita taknak makan kat luar lagi dah .
9. REKOD BUDGET PEMBELANJAAN
- Rekod secara konsisten setiap duit masuk & keluar bulanan supaya kita dapat audit & lihat sendiri perbelanjaan kita macam mana . Buat catatan supaya kita dapat lihat mana perlu dikurangkan & mana perlu ditambah
Semoga bermanfaat !
Share & tag jika anda rasa kawan kawan anda perlu tahu .