Chartered accountant

Chartered accountant Accounting services for business and companies

Tax computation for individual and companies

consul

28/07/2026

Lately ni banyak sangat sis jumpa pembayaran 'claim' dalam penyata bank tapi tak pasti claim untuk ape sebab document tak properly filling

Claim.. Claim ni selalunya disebabkan oleh staff / pengarah guna duit sendiri dahulu untuk perbelanjaan syarikat.. Macam mana nak manage claim ni supaya teratur?

- sediakan file claim..

- sediakan claim form. Dalam claim form ni ada butiran seperti berikut

Nama person yang claim

Tarikh claim ( dari bila ke bila)

Tarikh pembelian perbelanjaan syarikat

Description ( kos apa yang terlibat) detail

Harga RM

Jumlah claim

Tandatangan pemberi claim

Tandatangan penerima claim

Biasanya claim form ni untuk sebulan claim ( ni kalau ofis sis la) tapi depends la pada nature bisnes masing2

- Segala resit perbelanjaan perlu dikepilkan dengan claim form tu.. Perlu tally la dengan yang isi claim form tu..

- masa nak bayar claim check dulu resit dan claim form.. Then prepare payment voucher utk pembayaran.. Kepilkan sekali payment voucher, claim form resit letak dalam file claim..

- nanti dalam penyata bank bila bayar claim boleh da letak ref no payment voucher.. Kan lebih teratur tu n memudahkan rekod akaun..

Begitu lah

Untuk khidmat akaun, dokumentasi dan percukaian boleh hubungi kami

Madiha & co
0179465987

17/07/2026

Alhamdulillah.. Settle sudah submission form B..

Rumusan dari form B tahun ni

👉 last minute

- fuh tahun ni ramai p**a yang serahkan dokumen last minute.. Kalau hantar lambat jadi kerja jadi rush.. Alasannya tiada masa nak susun dokumen..

- hmm sebenarnya tahun ni kami dah sediakan google drive untuk pelanggan upload dokumen bila2 masa sahaja.. Dan sekarang ni pun kebanyakkan dokumen semua through email sahaja tambah dah ada e invoice ni memang semua digital.. Jadi setiap masa boleh sahaja upload dokumen dalam google drive yang kami dah sediakan.. Infact kalau nak buat akaun secara bulanan pun kami boleh provide syaratnya upload dokumen sentiasa. So alasan tak sempat tu ntah la..

👉 banyak sangat belanja peribadi dalam akaun bank perniagaan

Ni pun satu hal.. Banyak betul la nafkah bini la, makeup bini la baju bini la.. dalam penyata bank perniagaab.. Alahai.. Pening wei..

Why not kalau nak guna untuk personal transfer je ke akaun sendiri letak drawing.. Kan senang tu... Memudahkan kerja yang nak rekod akaun

👉 nak bayar cukai sikit..

Ye semua orang seboleh mungkin nak bayar cukai sikit.. Tapi kalau dah tu je data yang diberikan memang itu jela yang direkod.. Kalau sales report dah sah- sah menunjukkan jualan sekian-sekian jadi tu jela... Kami rekod ikut dokumen ya kami bukan ahli nujum yang tetibe boleh kurangkan cukai macam tu je ..

👉masih tak aware dengan pelepasan cukai yang layak diterima

👉masih tak aware dengan perbelanjaan tak dibenarkan

Haih banyak sangat resit makan restoran tu restotan ni, stay hotel tu hotel ni.. Tapi tak betul- betul susun sama ada untuk personal ke untuk company ke.. Ada juga pekerja pun takde tapi nak claim under refreshment.. Bukan main banyak..

Kalau ikutkan cuma belanja untuk perniagaan sahaja yang boleh tolak cukai.. Kalau belanja staff kena ada bukti company memang ada staff.. Kalau takde staff tapi belanja pelanggan, sediakan form claim untuk jumpa pelanggan hari tu kat mana semua.. Claim la terus petrol, makan hotel etc.. Mksudnya kena ada bukti memang belanja pelanggan.. Bukan bagi resit cmtu je..

Begitu lah..

Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami..

Madiha & co

0179465987

15/07/2026

Today is last day submission B form

08/07/2026

Situasi:

Ali mwmpunyai starikat ABC sdn bhd di mana tempoh perakaunan berakhir 31/3/2026. Ali tidak mengambil gaji atau apa2 benefit dari syarikat ni.

Ali juga mempunyai enterprise. Tibalah musim submission untuk borang B individu yang mempunyai perniagaan

Ali: cik utk syarikat ABC nj nk kena siap cepat ni sebab form B dah nak kena hantar..

A: boleh je hantar form B tu.. Form B tu utk yang ada enterprise.. Syarikat ABC tak perlu masuk dlm form B melainkan encik ada ambil gaji / elaun / fee dari company then baru masuk bahagian pendapatan penggajian.

Ali: eh tak la.. Untung syarikat ABC sdn bhd kena letak sekali di pendqpatan perniagaan dalam form B tu.. Tu kn syarikat saya..

A: tak encik.. Syarikat sdn bhd adalah entiti berasingan dengan pengarah. Untung die takkan melibatkan pengarah.. Dia ada cukai die sendiri atas dia bukan atas pengarah.. Kalau pengarah ada dapat benefit dari ayarikat sdn bhd , hanya benefit tu je yang masuk dalam form B pengarah . Untung tak masuk encik.. Die nanti akan kena cukai atas dia nanti.

Encik perlu isi form B sebab encik ada enrerprise.. Kalau encik cuma ada syarikat sdn bhd, encik tak perlu submit form B tapi encik perlu submit form BE jika ada ambil benefit dari sdn bhd tu

Ali :oo cmtu ke saya ingatkn kena masuk skali untung sdn bhd dan enterprise dalam borang B yela kita fikir dua2 ni company kita kn..

Hmm..

Begitu lah

Madiha & co

0179465987

05/07/2026

Cik company saya xde untung pun....

Alkisahnya...

Abc enterprise tiada akaun semasa bank.. Segala transaksi perniagaan menggunakan akaun simpanan peribadi..

Dokumen sokongan untuk transaksi perniagaan ada yang simpan ada yang tak simpan..

Bila diteliti penyata bank simpanan peribadi.. Duit keluar hanya ditulis perbelanjaan tanpa mengetahui belanja untuk ape... Segala invoice, resit yang diberi telah direkod tetapi ianya terlalu sedikit berbanding pengeluaran duit dlm akaun bank..

C - duit keluar tu bercampur ada untuk personal ada untuk bisnes

A - jadi macam mana kami nak tahu ya.. Resit yang diberi tak cukup ni..

C - banyak invoice resit hilang cik..

A - hmm.. Sebab tu untung tinggi.. Duit keluar terpaksa dianggap belanja personal takde bukti..

C - jadi macam mana nk buat cik..

Hmm...

Sebaiknya untuk transaksi perniagaan buka la akaun semasa dan hanya gunakan akaun semasa untuk perniagaan..

Tapi kalau masih guna akaun simpanan peribadi..

- buat rekod... Setiap kali transaksi untuk perniagaan buat lah rekod...supaya kita tau yang mana untuk perniagaan yang mana untuk personal.

- simpan dokumen.. Simpan la semua dokumen properly.. Ni wajib..

Kalau dokumen betul- betul takde sebenarnya rekod tu penting..

Begitu lah..

Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami..

Madiha & co

0179465987

02/07/2026

Submission form B 15/7/2026..dah tak lama lagi.. Korang dah submit?

Majlis perpisahan pekerja yang hampir 4 tahun berkhidmat di madiha & co.. Terima kasih atas perkhidmatan cemerlang dan s...
30/06/2026

Majlis perpisahan pekerja yang hampir 4 tahun berkhidmat di madiha & co.. Terima kasih atas perkhidmatan cemerlang dan semoga terus berjaya di luar sana..

Madiha & co
0179465987

20/06/2026

Duit dalam bank tinggal 10,000 tapi total cukai yang dikenakan 30,000..

Cik.. Tingginya cukai ni.. Tak boleh kurang ke.. Duit saya dah takde ni baru lepas renovate rumah 200k. .

Ya sebab tu cukai tinggi encik.. Sebab encik guna duit company untuk tujuan peribadi..

La company saya kan enterprise tu dah memang duit saya jadi guna jelah..

Ye encik.. Tak salah pun nak guna tu memang duit encik.. Cumanya setiap duit yang dibelanjakan untuk tujuan peribadi akan dikenakan cukai.. Jadi encik allocate la sikit utk cukai.. Contoh mcm ni encik keluarkan RM200k masuk akaun personal untuk renovate rumah kn.. Dari 200k tu, encik simpan la sikit untuk cukai dalam 15k untuk cukai.. Guna 185k je untuk renovate rumah..

Setiap yang dikeluarkan untuk belanja peribadi simpan sikit portion untuk bayar cukai sebab tu memang belanja yang tak dibenarkan..

Begitu lah ragam musim submission

Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami..

Madiha & co

0179465987

14/06/2026

Encik boleh bagi kami akaun tahun lepas?

Eh awak nak buat ape.. Tahun lepas tu orang lain buat..

Kami nak masukkan baki permulaan encik..

Setelah terima akaun tahun lepas...

Encik tahun lepas takde rekod akaun belum bayar ke?

Tak pasti saya ..

Hmm

Al kisahnya bila kami tengok payment voucher tahun 2025, payment semua dibayar untuk invoice tahun 2024 tetapi tiada langsung akaun belum bayar dalam akaun tahun 2024.

Encik boleh tak provide payment voucher tshun 2026?

Eh kenapa? Awak kan buat akaun tahun 2025..

Ya betul tapi kami nak rekod invoice tahun 2025 ni

Tahun lepas takde pun diorg minta macam ni..

Hmm

Ini bermaksud memang dari dulu lagi rekod berdasarkan pembayaran.. Setiap tahun kos yang direkodkan adalah kos tahun sebelum ni.. Which is ianya tak tepat.. Akaun perlu rekod berdasarkan invoice pada tahun tersebut

Begitu lah

Untuk khidmat akaun dan cukai boleh hubungi kami

Madihac& co

0179465987

13/06/2026

Submission dateline form B dah dekat.. Semua Enterprise dah submit ke

Address

Bandar Manjalara
Kuala Lumpur
51000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Chartered accountant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share