29/06/2026
Bayangkan seorang ayah meninggal dunia dan meninggalkan rumah, kereta, simpanan serta beberapa aset.
Keesokan harinya, waris terus berbincang nak bahagi harta.
Ada yang nak ambil rumah.
Ada yang nak keluarkan duit simpanan.
Ada yang nak jual aset untuk bahagi sama rata.
Tapi tahukah anda… harta pusaka tidak boleh terus dibahagikan sesuka hati.
Sebelum sampai kepada pembahagian waris, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu seperti urusan jenazah, hutang arwah, tanggungan yang wajib diselesaikan dan proses pentadbiran pusaka.
Kenapa?
Sebab harta yang ditinggalkan itu bukan terus menjadi hak waris sepenuhnya. Ia masih mempunyai amanah dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.
Kalau harta dibahagi terlalu awal, ia boleh menyebabkan masalah seperti tuntutan hutang kemudian hari, pertikaian antara waris, malah ada waris yang mungkin terpaksa keluarkan duit sendiri untuk selesaikan baki tanggungan arwah.
Sebab itu penting untuk kita faham pengurusan harta pusaka sebelum berlaku kematian.
Bukan hanya fikir “berapa harta yang kita tinggalkan”, tetapi fikir juga “mudah atau susah waris nak uruskan selepas kita tiada”.
Rancang awal, supaya kasih sayang kita kepada keluarga tidak berakhir dengan beban.