23/10/2025
Semalam saya menyaksikan perdebatan mengenai Ekonomi Madani di antara 2 orang yang hebat (Faiz dan Din) di media sosial yang ramai pengikut masing-masing. Saya bukan mahu bercerita siapa menang atau siapa kalah kerana saya bukan orang politik.
Persoalannya, berapa ramai di antara kita yang memahami secara keseluruhan tentang ekonomi yang diperdebatan?
Untuk permudahkan pemahaman tentang ekonomi biar kita bermula dengan asas atau dasar makna apa itu ekonomi.
Saya masih ingat, jiran saya berbangsa Minang pada masa saya masih budak-budak sekolah lagi sudah memberi makna, apa itu ekonomi? Katanya, "Ekau no money". (Engkau tak ada duit)
Ya, benar sekali, senang cerita ianya berkait soal duit. Ya, soal kewangan. Wang yang bergerak dari satu tangan kepada tangan yang lain dalam bentuk sama ada transaksi jual beli, pelaburan atau perniagaan.
Boleh faham?
Dipendekkan cerita lagi, ekonomi membentuk satu sistem di mana pergerakan mata wang, barang-barang atau perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakyat dalam sebuah negara akibat dari aktiviti-aktiviti yang disebut di atas tadi, sedang beredar dan bergerak setiap masa.
Sabagai contoh,
1. Apa PENGELUARAN yang dihasilkan oleh rakyat dalam sesebuah negara? -makanan, kenderaan dan apa-apa servis/jenis perkhidmatan.
2. Apa yang rakyat JUAL DAN BELI setiap hari? -mengikut tahap kemampuan masing-masing.
3. Bagaimana rakyat berusaha menghasilkan PENDAPATAN dan merangka PERBELANJAAN?
Semua ini berkait tentang wang dan inilah yang membentuk satu sistem kewangan negara yang kita namakan sebagai SISTEM EKONOMI.
Setakat ini sahaja untuk hari ini, jika ada kesempatan kita sambung lagi.......Salam Jumaat!