04/02/2026
“Dia ni bipolar ke… atau BPD?” Ramai guna dua istilah ni macam benda yang sama.
Hakikatnya, Borderline Personality Disorder (BPD) dan Bipolar Disorder adalah dua keadaan kesihatan mental yang berbeza.
➡️ Borderline Personality Disorder (BPD) ialah gangguan personaliti. Ia berkait dengan cara seseorang melihat diri sendiri, mengawal emosi dan berhubung dengan orang lain.
Individu dengan BPD selalunya mengalami emosi yang sangat kuat dan berubah dengan cepat, terutamanya bila berdepan isu hubungan. Rasa ditolak, tak dihargai atau takut ditinggalkan boleh mencetuskan reaksi emosi yang sangat mendalam.
Mereka bukan sengaja “drama” atau mahu perhatian. Sistem emosi mereka memang lebih sensitif. Hubungan boleh jadi sangat rapat hari ini, tetapi esok boleh jadi penuh kemarahan atau kekecewaan. Rasa kosong, imej diri yang tak stabil dan keputusan impulsif juga sering berlaku.
BPD biasanya bermula sejak remaja dan memberi kesan pada hampir semua aspek kehidupan, hubungan, kerja, emosi dan cara melihat diri sendiri.
➡️ Bipolar Disorder p**a ialah gangguan mood.
Ia melibatkan episod mood yang berubah secara berfasa, bukan semata-mata reaksi cepat terhadap situasi sosial.
Seseorang dengan bipolar boleh melalui fasa kemurungan, di mana mereka rasa sangat letih, hilang motivasi, putus asa dan tak berminat dengan perkara yang dulu mereka s**a.
Mereka juga boleh mengalami fasa mania, iaitu keadaan emosi yang terlalu tinggi. Dalam fasa ini, tenaga sangat banyak, tidur sedikit tetapi tak rasa penat, bercakap laju, idea melimpah, keyakinan diri melampau dan mudah marah.
Dalam Bipolar II, terdapat hypomania, iaitu versi mania yang lebih ringan, tetapi masih luar biasa berbanding keadaan normal.
Yang penting, dalam bipolar, perubahan mood biasanya mengambil masa untuk terbentuk dan boleh bertahan berhari-hari atau berminggu-minggu, bukan berubah dalam beberapa jam kerana konflik hubungan.
Secara ringkasnya, BPD lebih berkait dengan cara seseorang mengurus emosi dan hubungan sepanjang hidup, manakala bipolar lebih kepada kitaran episod mood seperti kemurungan dan mania.
Ramai orang keliru kerana kedua-duanya ada emosi yang tak stabil dan tingkah laku impulsif. Tambahan p**a, ramai pesakit bipolar pada awalnya didiagnosis sebagai kemurungan biasa kerana episod depresi lebih kerap berlaku. Yang paling penting, ini bukan soal lemah iman, kurang sabar atau kurang usaha. Ini adalah keadaan kesihatan mental yang sebenar.
Kalau anda atau orang sekeliling mengalami emosi yang terlalu ekstrem, s**ar mengawal diri, hubungan sering hancur atau rasa hidup sangat berat, dapatkan penilaian daripada pakar psikologi atau psikiatri. Terapi dan rawatan boleh membantu. Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal.