Faiz Prubsn Takaful

Faiz Prubsn Takaful Berkongsi Tip Perancangan dan Legasi Kewangan melalui Takaful.

Tajuk Khutbah Jumaat Hari Ini"KEAMANAN NEGARA NIKMAT YANG PERLU DIPELIHARA"29 Safar 1445 - 15 Sept 2023Negeri Terengganu...
15/09/2023

Tajuk Khutbah Jumaat Hari Ini

"KEAMANAN NEGARA NIKMAT YANG PERLU DIPELIHARA"

29 Safar 1445 - 15 Sept 2023

Negeri Terengganu

Intipati Khutbah

Nikmat keamanan adalah kurniaan daripada Allah SWT. Dia berhak memberi dan berhak mengambil kembali.

Kenikmatan yang kita rasai hari sudah pasti seharusnya disyukuri kerana menurut Imam ar-Razi ianya jauh lebih besar kurniaan berbanding kesihatan badan.

Terima kasih harus diberikan kepada pasukan keselamatan seperti Polis Di Raja Malaysia dan Tentera Di Raja Malaysia serta agensi yang terlibat bagi memastikan negara tercinta kekal terpelihara dalam keadaan aman dan tenteram.

Sebagai individu, kita hendaklah sentiasa menanamkan rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Sebagai institusi keluarga, ketua keluarga hendaklah memastikan agar ahli keluarga dididik dan diasuh dengan menjadi insan yang berguna dan memberi manfaat kepada orang lain.

Sebagai masyarakat, kita hendaklah meletakkan kepentingan negara melebihi segala-segalanya. Kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan warna kulit, kita harus bersatu padu dan hormat menghormati menjaga kerukunan negara.

Sempena menyambut Hari Malaysia esok, 16 September 2023, marilah kita berusaha menjaga keamanan yang kita miliki dengan semangat kebersamaan dan permuafakatan sesama kita.

Semoga keberkatan dari Allah SWT jua-lah, negara terus kekal dengan nikmat tersebut. Aaamin.

Diterjemah : tokpa ganu

Sumber : Jab. Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu

"Ehh Faiz,mg dok puas ke sokmo posting Takaful jer.Orang serabut dengan mg ekgi"(Loghat Ganu)Bagi Faiz dokpun SEBABB...T...
27/02/2023

"Ehh Faiz,mg dok puas ke sokmo posting Takaful jer.
Orang serabut dengan mg ekgi"
(Loghat Ganu)
Bagi Faiz dokpun SEBABB...
Takaful ni satu benda yang sangat 'MAHAL' nilainya & UNIK jika anda memahami fungsi sebenar Takaful..
Tidak boleh dibeli,
Tidak boleh disentuh,
Tidak boleh dirasa,
Tidak boleh dipegang
Penjualan hanyalah mengenai menjual idea, menjual kejujuran, menjual kepercayaan dan menjual satu perjanjian serta AMANAH.
Sebab tu saya kata mahal.
Cuba tanya kawan-kawan yang pernah guna medical card.
Mesti dia kata berbaloi bayar bulan-bulan
Bayar sebulan RM1,000 pun terasa kecil ja bila bil ratus-ratus ribu dicover. (T&C)





Bila kita menolong orang lain, sebenarnya kita sedang menolong diri kita sendiri.Bantu mudahkan urusan sesiapa, urusan k...
13/12/2022

Bila kita menolong orang lain, sebenarnya kita sedang menolong diri kita sendiri.

Bantu mudahkan urusan sesiapa, urusan kita turut akan menjadi mudah. Percayalah!

Pagi dunia.

Alhamdulillah..Dikelilingi kawan-kawan yang baik. Semoga Allah sentiasa lindung dan rahmati serta redhai kawan-kawan sek...
05/10/2022

Alhamdulillah..

Dikelilingi kawan-kawan yang baik. Semoga Allah sentiasa lindung dan rahmati serta redhai kawan-kawan sekalian.

Biarlah kita menjadi kawan dunia & akhirat.

Once friends forever friends. 🤝

FRZ
Fulltime Takaful Consultant
0145072103





Man With Bouquet 💝Didoakan buat sesiapa sahaja sekarang ini yang sedang Allah "uji" agar segera dikurniakan kesembuhan s...
18/08/2022

Man With Bouquet 💝
Didoakan buat sesiapa sahaja sekarang ini yang sedang Allah "uji" agar segera dikurniakan kesembuhan serta jalan keluar dan teruskan tersenyum menongkah alam dunia ini sehingga ke negeri abadi. 😎
Rezeki Allah izinkan dapat hadirkan diri melawat anak sahabat warded di SALAM SPECIALIST HOSPITAL.
Semoga cepat sembuh!
Speedy Recovery dan kekal sihat.
Faiz Ridhwan Zolkepli
Takaful Advisor

Ada kawan-kawan yang nak buat medical card untuk anak?Apabila anak sakit ni..kita sebagai ibu bapa mesti nak bagi yang t...
31/07/2022

Ada kawan-kawan yang nak buat medical card untuk anak?

Apabila anak sakit ni..kita sebagai ibu bapa mesti nak bagi yang terbaik untuk kesihatan anak. Kita nak jaga pun selesa 🥰

Jom saya tolong permudahkan sesuai dengan kepakaran saya selaku Ejen Takaful sepenuh masa pasti anda akan mendapat Plan Terbaik.

Give me 1% trust.i will give 99% comitment to serve the best.✌🏻😎

Faiz Ridhwan Zolkepli
http://www.wasap.my/60145072103/MedCardAnak

Pagi ini kita cedok nasi lemak ke atas pinggan kita. Ambil sambal, ambil lauk lain. Kita makan makan makan sampai akhirn...
05/07/2022

Pagi ini kita cedok nasi lemak ke atas pinggan kita. Ambil sambal, ambil lauk lain. Kita makan makan makan sampai akhirnya ada sejemput yang tinggal tak habis.

Rasa kenyang dan penuh dalam perut. Iya kita rasa okey dan tak mengapalah. Jujurnya, jika yang sepinggan pun kita tak tahu membahagi bagaimana mahu habiskan atau membazir, bagaimana Allah mahu beri serumah rezekinya? Bagaimana mahu dapat rezeki seluas padang? Seluas langit? Bagaimana?

Benda sedikit ini kita jarang nampak dan rasai nikmatnya. Sampailah satu ketika Tuhan uji kita dengan benda itu juga.

Perut tengah lapar sangat, ke kedai nak beli lauk. Semuanya dah habis. Ternampak p**a ada seorang hamba Allah ini makan di mejanya tak habis. Kemudian buangnya ke tepi longkang tanpa ada rasa bersalah.

Dalam hati kita bermonolog, “Aduhai sayangnya. Alangkah nikmat kalau dapat lauk yang dibuangnya itu walau cuma sisa. Asalkan dapat alas perut lapar ini ja.”

Kemudian barulah kita teringat, dulu-dulu ketika kita sedang mewah, sedang senang segalanya, begitulah perangainya.

Tak habis, dibuang. Tak habis, dibiarkan atas meja dihurung lalat dan langau. Tiada langsung rasa sayang akan rezeki yang Tuhan berikan ini.

Atas rahmat dan sayang Tuhan pada kita, Dia menegur kita lembut. Supaya di lain hari, kita ingat dan beringat. Supaya kita lebih menghargai dan cermat.

Bersyukurlah pada rezeki yang sedikit itu. Kelak nanti dengan rezeki yang banyak, kita tidak terlalai dan terleka.

Itulah.

Penulisan Credit to owner asal.


TAHNIAH buat Ibu-ibu yang sedang mengandung..Tetapi PLEASE saya merayu untuk puan-puan buatlah Medical atau sekurangnya ...
14/06/2022

TAHNIAH buat Ibu-ibu yang sedang mengandung..
Tetapi PLEASE saya merayu untuk puan-puan buatlah Medical atau sekurangnya pampasan baby dalam kandungan demi masa depan mereka.

Carilah agent-agent yg anda percayai & boleh menjaga anda & family anda. Dah banyak saya jumpa & baca artikel baby ada masalah penyakit conginental. Penyakit ini memerlukan kos yg tinggi untuk pulih.

Jangan MEMPERTARUHKAN Nyawa Anak Anda..

Penyakit conginental ini tidak semestinya berlaku selepas lahir malah dalam kandungan jugak boleh dapat tahu melalui detail. (Gambar dibawah menunjukkan hampir semua bakal ibu memiliki risiko ketika mengandung)

Ayuhlah,bermula 14weeks dah boleh mencarum untuk baby.

Amanah Allah harus dijaga dengan baik. Duit memang boleh cari tapi untuk pulihkan penyakit harus dijalankan dengan segera.

Faiz Ridhwan Zolkepli
PruBSN Takaful Advisor

Penerangan lanjut 👇👇👇 https://www.wasap.my/60145072103/PruBSNImpian




02/06/2022

SETIA SEHINGGA AKHIR HAYAT⁉️
Impian setiap pasangan untuk setia bersama sehingga akhir hayat namun adakalanya salah seorang akan 'pergi' terlebih dahulu dan cinta disemai tidak seharusnya berhenti disitu sahaja.

Ayuh MOHON dan RANCANG untuk ahli keluarga tersayang SEKARANG❗

Bukan sekadar CINTA SAMPAI MATI tetapi CINTA TILL JANNAH🥰

https://faizprubsn.wasap.my/

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. 😎Bulan baru hari ini,1June 2022"Ya Allah cukupkanlah aku dengan rezekiMU yang halal se...
01/06/2022

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. 😎

Bulan baru hari ini,1June 2022

"Ya Allah cukupkanlah aku dengan rezekiMU yang halal sehingga aku terhindar dari yang haram dan kayakanlah aku dengan kurniaanMU sehinggakan aku tidak meminta selainMU❤️".

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Insyallah. 😁

Address

Jalan Sultan Sulaiman
Kuala Terengganu
20000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faiz Prubsn Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Faiz Prubsn Takaful:

Shortcuts

Share