15/09/2023
Tajuk Khutbah Jumaat Hari Ini
"KEAMANAN NEGARA NIKMAT YANG PERLU DIPELIHARA"
29 Safar 1445 - 15 Sept 2023
Negeri Terengganu
Intipati Khutbah
Nikmat keamanan adalah kurniaan daripada Allah SWT. Dia berhak memberi dan berhak mengambil kembali.
Kenikmatan yang kita rasai hari sudah pasti seharusnya disyukuri kerana menurut Imam ar-Razi ianya jauh lebih besar kurniaan berbanding kesihatan badan.
Terima kasih harus diberikan kepada pasukan keselamatan seperti Polis Di Raja Malaysia dan Tentera Di Raja Malaysia serta agensi yang terlibat bagi memastikan negara tercinta kekal terpelihara dalam keadaan aman dan tenteram.
Sebagai individu, kita hendaklah sentiasa menanamkan rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Sebagai institusi keluarga, ketua keluarga hendaklah memastikan agar ahli keluarga dididik dan diasuh dengan menjadi insan yang berguna dan memberi manfaat kepada orang lain.
Sebagai masyarakat, kita hendaklah meletakkan kepentingan negara melebihi segala-segalanya. Kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan warna kulit, kita harus bersatu padu dan hormat menghormati menjaga kerukunan negara.
Sempena menyambut Hari Malaysia esok, 16 September 2023, marilah kita berusaha menjaga keamanan yang kita miliki dengan semangat kebersamaan dan permuafakatan sesama kita.
Semoga keberkatan dari Allah SWT jua-lah, negara terus kekal dengan nikmat tersebut. Aaamin.
Diterjemah : tokpa ganu
Sumber : Jab. Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu