28/08/2023
Mareng, bertemu kawan lama dan dia ajukan soalan yang boleh dikatakan ramai orang cari jawapannya.
Soalan dia berbunyi, apakah kunci untuk kita hidup dengan bahagia?
Dia pon tertunggu-tunggu jawapan. Aku pon mulalah berkata pegang 2 perkara ini, Syukur & Memberi. Sebenarnya, kita bukan tidak bahagia tetapi kita mencari perkara lain dan tidak bersyukur dengan apa yang kita ada, lalui dan capai.
Syukur dulu inshaAllah bahagia la kita. Bila kita syukur, kita akan rasa tenang. Dari tenang dapatlah bahagia.
Kemudian, yang kedua 'Memberi". Memberi ni bukanlah hanya diukur melalui wang ringgit sahaja. Cubalah memberi dari segi waktu atau tenaga pon boleh. Contoh, kita berikan masa untuk diri kita rehat sejenak itu juga adalah pemberian. Ambil waktu untuk bantu keluarga dalam kerja-kerja rumah pon adalah contoh pemberian.
Jangan asyik hendak terima sahaja. Selepas itu, kita akan nampak perubahan untuk jadi lebih bahagia. Mulakan solat awal waktu jika sebelum ini solat subuh pon hampir nak habis waktu.
Mulakan dengan tenang, inshaAllah bahagia. Sampai disini sahaja dulu nukilan harini.