KZ Fiscal Consultant_KZFC

KZ Fiscal Consultant_KZFC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KZ Fiscal Consultant_KZFC, Financial Consultant, No. 15, 01, Jalan Keruing 1, Taman Rinting, Masai.

POSITION: ADMIN CLERK📍LOKASI: PASIR GUDANG📍WAKTU KERJA: AHAD – KHAMIS (8:30PG – 5:00PTG),                           : JU...
29/04/2024

POSITION: ADMIN CLERK
📍LOKASI: PASIR GUDANG
📍WAKTU KERJA: AHAD – KHAMIS (8:30PG – 5:00PTG),
: JUMAAT (8:30PG – 1:00PTG)
📍GAJI: RM 1500

KELAYAKAN:
📌MINIMUM SPM
📌LELAKI/PEREMPUAN DIPERLUKAN
📌BERUMUR 20 – 35 TAHUN
📌ADA TRANSPORT SENDIRI
📌MENJAGA SOLAT, AMANAH DAN JUJUR
📌BERKETERAMPILAN KEMAS DAN MENARIK
📌TIADA PENGALAMAN BOLEH MOHON
📌BOLEH MENERIMA TEGURAN
📌BOLEH BEKERJA DALAM KUMPULAN

Temuduga masih terbuka. Cepat sementara masih ada kekosongan lagi 😉😉
Boleh hantarkan resume ke [email protected]
Sebarang pertanyaan boleh terus pm no kat bawah📱📱
https://wa.link/d15dxk

PELUANG KERJAYA BERSAMA AIA PUBLIC TAKAFUL ELITE PRO 🔍 Diploma & Degree 🔍 3-5 Years Working Experience ✨UP TO RM 15,000 ...
26/04/2024

PELUANG KERJAYA BERSAMA AIA PUBLIC TAKAFUL

ELITE PRO
🔍 Diploma & Degree
🔍 3-5 Years Working Experience
✨UP TO RM 15,000 Monthly Bonus Allowance
✨Unlimited Komisen 35% + Bonus 12%

ELITE LITE
🔍 SPM
🔍 Available For Part Time
🔍 6 Months Conversion To AIA Elite Pro
✨UP TO RM 3,500 Monthly Bonus Allowance
✨Unlimited Komisen 35% + Bonus 12%

Berminat nak tahu lebih lanjut?

Klik sini 👇👇👇

https://rb.gy/snh3
https://rb.gy/snh3
https://rb.gy/snh3

Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami team KZ Fiscal Consultant_KZFC
10/04/2024

Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kami team KZ Fiscal Consultant_KZFC

09/04/2024
Hari ke-28Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.1. Solat sunat wuduk selepas mengambil wuduk.2. Solat sunat hajat ...
08/04/2024

Hari ke-28

Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.
1. Solat sunat wuduk selepas mengambil wuduk.
2. Solat sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatul Qadar.
3. Membaca Al-Quran.
4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astaghfirullah hal azim wa atubu ilaih)
5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila ha illallah muhammadur rasulullah 300X, Allahhu akhbar 300X)
6. Bertasbih:
Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, Allahhu akhbar, wala haula wala qhuwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azeem 300X
Subhanallah wabihamdihi, Subhanallah il azim 300X
Subhana robbiyal a’ala wabihamdih 300X
Subhana robbiyal a’zimi wabihamdih 300X
7. Selawat 100X atau 1,000X (Allahhumma solli ‘ala Muhammad).
8. Solat sunat tahajud
9. Solat sunat tasbih
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca Al-Quran sehingga solat Subuh.


Hari ke-27Hadis ini menunjukkan keutamaan semangat beribadah di 10 hari terakhir Ramadan. Hadis ini menceritakan sosok b...
07/04/2024

Hari ke-27

Hadis ini menunjukkan keutamaan semangat beribadah di 10 hari terakhir Ramadan. Hadis ini menceritakan sosok baginda Nabi Muhammad SAW sebagai manusia yang paling giat dalam meraih ridha` Allah SWT dengan bersungguh-sungguh memanfaatkan waktu-waktu penuh keutamaan dengan meningkatkan kualitas ketaatan, beribadah, bertaqarrub, beri’tikaf, dan mengajak anggota keluarga untuk beribadah. Kesungguhan beliau beribadah di 10 hari terakhir Ramadan melebihi kesungguhan beribadah di waktu selainnya.

Kalimat “bersungguh-sungguh (beribadah) pada sepuluh hari terakhir” menunjukkan anjuran untuk tidak kendor dalam beribadah di akhir Ramadan sebagaimana fakta di masyarakat. Hadis ini menunjukkan keistiqamahan beliau dalam giat beribadah sepanjang Ramadan. Semua hari di bulan Ramadan sangat istimewa dan semua muslim disarankan untuk melakukan ibadah dengan baik. Namun, 10 hari terakhir Ramadan sangat istimewa. Ada banyak keutamaan di sepertiga bulan terakhir itu hingga Rasulullah pun mengencangkan ibadahnya.


Hari ke-26Sedekah pada bulan Ramadan akan dilipat gandakan pahalanya. Lebih istimewa, jika sedekah yang kita lakukakan p...
06/04/2024

Hari ke-26

Sedekah pada bulan Ramadan akan dilipat gandakan pahalanya. Lebih istimewa, jika sedekah yang kita lakukakan pada 10 malam terakhir Ramadan. Ini kerana, pada 10 malam terakhir Ramadan, adanya satu malam yang dikenali sebagai malam Lailatul Qadar. Malam di mana setiap amalan pada malam tersebut akan bersamaan 1000 bulan. Bayangkan jika kita bersedekah RM 1 sahaja pun pada 10 malam terakhir dan malam itu jatuh malam Lailatul Qadar, maka amalan sedekah kita akan dikira selama 1000 bulan. Hebat bukan?


Hari ke-25Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lai...
05/04/2024

Hari ke-25

Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW:
Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?

Baginda menjawab:
Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
Menurut Dr Sanusi, pengertian doa ini, ia membawa maksud yang jelas bahawa perkara pertama yang diajarkan oleh Rasulullah kepada Saidatina Aisyah adalah agar memohon keampunan dari Allah.

Oleh itu amalkan doa lailatul qadar ini sepanjang bulan Ramadan ini. Ia adalah doa yang diucapkan sendiri oleh Baginda Nabi dalam usaha kita memohon keampunan dari Allah.


Hari ke-24Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia, yang dipilih oleh Yang Maha Mulia (Allah) untuk diturunkan kita...
04/04/2024

Hari ke-24

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia, yang dipilih oleh Yang Maha Mulia (Allah) untuk diturunkan kitab yang paling mulia (Al-Qur’an), pada malam yang paling mulia (Lailatul Qadar), kepada makhluk yang paling mulia (Nabi Muhammad SAW ),melalui Malaikat yang paling mulia (Jibril), di tempat yang paling mulia (Makkah), untuk umat yang paling mulia (umat Nabi Muhammad SAW).


Hari ke-23Antara amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW pada malam-malam tersebut adalah:1. Melakukan Solat Malam (Qiamulla...
03/04/2024

Hari ke-23

Antara amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW pada malam-malam tersebut adalah:
1. Melakukan Solat Malam (Qiamullail)
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.
Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya: Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya (bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melakukan kebaikan)”— Riwayat Muslim

2. Berdoa Memohon Keampunan Dan Dihapuskan Dosa Yang Lalu
Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”— Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

3. Melakukan Iktikaf
Itikaf ini dikenali juga sebagai ‘Iktikaf Asyrul-Awahir’.
Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.
Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

4. Sekurang-Kurangnya Melakukan Solat Fardu Secara berjemaah. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan.
Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma bahawa:
Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah jua. Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jualah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.”— Lihat Lathaif al-Maarif.
Tiada nikmat yang lebih besar selain daripada nikmat keampunan Allah SWT yang kita harapkan selaku hambaNya di atas muka bumi ini untuk meraih ganjaran syurga yang dijanjikanNya di akhirat kelak. Oleh itu marilah kita berusaha pada 10 malam yang terakhir ini untuk beribadah dengan bersungguh-sungguh.


Hari ke-22Rasulullah SAW telah pun mengajar umatnya akan cara-cara menentukan waktu berbuka puasa, melalui perbuatan Bag...
02/04/2024

Hari ke-22

Rasulullah SAW telah pun mengajar umatnya akan cara-cara menentukan waktu berbuka puasa, melalui perbuatan Baginda sendiri ataupun petunjuk lain seperti berpandukan peredaran matahari dan sebagainya.Orang yang berpuasa dituntut menyediakan bahan makanan atau minuman sekadar keperluan sahaja dan tidak melampaui batasan sehingga sampai berlaku pembaziran.


Hari ke-21Para ulama’ khilaf tentang maksud hadis ini. Imam Ishaq bin Rahawaih mengatakan bahawa maksudnya ialah walaupu...
01/04/2024

Hari ke-21

Para ulama’ khilaf tentang maksud hadis ini. Imam Ishaq bin Rahawaih mengatakan bahawa maksudnya ialah walaupun bilangan hari antara keduanya ada perbezaan, kelebihan (fadhilat) kedua-dua bulan ini tetap sempurna. Imam Bukhari mengatakan tidak mungkin ada kekurangan di antara kedua-dua bulan ini. Ada juga pendapat yang mengatakan kedua-dua bulan ini tidak berkurangan dari segi hukum syariat iaitu pada bulan Ramadhan difardhukan puasa sedangkan pada bulan Zulhijjah difardhukan haji.


Address

No. 15, 01, Jalan Keruing 1, Taman Rinting
Masai
81750

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60197511192

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KZ Fiscal Consultant_KZFC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KZ Fiscal Consultant_KZFC:

Share