18/06/2021
"Eh, kenapa ni mak cik?" soal anak saudara kepada seorang wanita yang sedang menangis di depan ruangan rumah.
"Ni ha! Arwah suami mak cik dulu ada buat hibah untuk mak cik sekeluarga. RM500,000 arwah tinggalkan untuk keluarga." sambil seorang ejen takaful menunjukkan sepucuk surat yang di berikan oleh syarikat takaful.
"Allahuakbar, mak cik tak tahu nak cakap macam mana lagi. Terima kasih Ya Allah kau bukakan hati suamiku untuk ambil hibah ketika dia masih hidup. Terima kasih abang 😭." sambil mengesat air matanya dengan tisu.
"Itulah yang di ceritakan oleh kawan saya kepada saya yang melihat keadaan mak sedaranya yang kehilangan suami tercinta."
Mengalir air mata syukur di p**i seorang surirumah 3 orang anak ini.
Begitulah luahan isi hati seorang wanita berumur 40 tahun yang suaminya baru meninggal dunia akibat pandemik Covid19 ini.
Arwah bekerja sebagai perniaga makanan di sebuah kedai makan.
Tujuan utama arwah ambil polisi takaful sebab nak buat persediaan untuk keluarga sekiranya berlaku kemalangan yang boleh meragut nyawa ketika sedang bekerja.
Rupanya arwah meninggal dunia disebabkan pandemik bahaya ini yang juga telah meragut banyak nyawa di dunia.
Kawan-kawan yang mulia,
Di usia 25 tahun hingga 40 tahun, itulah usia dimana kita sedang membesarkan anak-anak dengan simpanan yang sangat nipis.
Adakalanya tidak tersimpan dek kerana nak membesarkan anak-anak. Memang sukar!
Suami yang bertanggungjawab adalah suami yang bayar komitmen rumah sewa, kebajikan, dan makan minum anak isteri mereka.
Selagi ada kudrat empat kerat yang sentiasa berusaha mencari rezeki, rebutlah peluang ambil hibah untuk keluarga kesayangan kita.
Jika kita lebih mampu, ambil terus hibah RM1juta, Jika tidak, kita ambil sahaja nilai yang kita mampu walaupun sedikit jumlahnya.
Yang penting ada daripada tiada.
Dengan caruman bulanan bermula serendah RM30 sahaja kita dah mampu tinggalkan senyuman buat keluarga tercinta.
Ianya bersamaan dengan RM1 sehari sahaja kawan. InsyaAllah, kita mampu.
Jika suami tak berminat, bisik dekat telinganya perlahan-lahan,
"Abang sayang kami bukan? Tunjuklah tanda sayang abang tu dengan sediakan hibah buat kami semua. Semoga rezeki abang berlipat kali ganda kerna gembirakan hati kami semua."
Jika keras juga hatinya, isteri boleh saja ambil dan hibahkan pada diri sendiri. Itu lebih hebat dan berdikari.
Tinggalkan hibah sebelum datangnya hiba.
Ramai dah faham konsep kepentingan hibah ini tetapi ramai juga yang tak ambil TINDAKAN untuk ambil hibah dengan segera.
Hari ini sebelum pergi kerja, cium dahi anak dan isteri kita. Mungkin itu hari terakhir kita di dunia.
Mereka nak hidup macam mana jika kita sudah tiada nanti.
Suami yang penyayang tak kan sanggup melihat isteri dan anak mereka melarat derita sehingga meminta-minta bila dia sudah tiada.