Patrick Yong

Patrick Yong Certified Financial Planner, Property Seminar Speaker, Property Investor.

Berita yang dinantikan akhirnya tiba..Lulus juga exam untuk gelaran IFP (Islamic Financial Planner), melengkapkan pensij...
23/02/2026

Berita yang dinantikan akhirnya tiba..

Lulus juga exam untuk gelaran IFP (Islamic Financial Planner), melengkapkan pensijilan CFP (Certified Financial Planner) yang sedia ada 😊

Di Mana Titik Ukuran Kejayaan Kita?Sempena cuti Tahun Baru Cina ni, sempat saya duduk semeja dengan kawan-kawan rapat za...
18/02/2026

Di Mana Titik Ukuran Kejayaan Kita?

Sempena cuti Tahun Baru Cina ni, sempat saya duduk semeja dengan kawan-kawan rapat zaman sekolah. Sedar tak sedar, rupa-rupanya sudah hampir 30 tahun kami meninggalkan alam persekolahan. Cepatnya sungguh masa berlalu…

Sambil minum kopi, bermulalah cerita tentang fasa hidup masing-masing…

"Bro, U dah hebat sekarang la. Ada condo bernilai jutaan Sing Dollar di Singapura."

"Kau pun apa kurangnya, berbisnes, pakai kereta BMW, asyik terbang ke luar negara je."

“Walauwei bro, u pun baru beli kereta Porsche ma….”

Ya, ada kawan yang berbisnes dan selalu outstation, ada yang memegang jawatan korporat tinggi di firma antarabangsa. Melihat kejayaan mereka, hati saya tumpang bangga dan gembira..

Namun, perhatian saya teralih pada mereka yang lebih banyak berdiam diri…

Adakah mereka "kurang berjaya"?
Bagi saya, tidak…
Mereka cuma sedang menulis definisi kejayaan dalam erti kata yang berbeza.

Fokus mereka lain dan tidak ternampak di social media mereka.

Ada sahabat yang fokusnya setiap bulan adalah memastikan ansuran rumah dan kereta ibu bapa di kampung tidak pernah tertunggak. Baginya, keselesaan orang tua adalah tanggungjawab dia…

Ada yang membayar premium insurans mencecah hampir RM40,000 setahun demi memastikan ibu bapanya yang kian uzur mendapat rawatan perubatan terbaik tanpa perlu risau tentang kos…

Ada juga yang menolak tawaran kerjaya hebat di luar negara. Kenapa? Semata-mata mahu berada di sisi ibu bapa, menjaga mereka..

Ada juga yang tidak berjam mewah, berpakaian mewah, namun setiap tahun berbelanja amaun tersebut membawa ibu bapa melihat dunia luar selagi mampu…

Adakah mereka ni gagal?
Terp**anglah kepada cara penilaian masing-masing…
Setiap orang ada "penimbang" masing-masing..❤️

Marilah kita teruskan perjuangan dalam "kejayaan" versi masing-masing. Yang penting, tepuk dada tanya selera, adakah kita dah cuba sebaik mungkin…ini yang paling penting sekali 😊

Selamat Tahun Baru Cina sahabat semua. Gong Xi Fatt Chai ❤️🎊🎉😊

Lalu balik tempat sini hari ni... tak silap saya, sinilah ofis saya sekitar tahun 2009. Cepatnya betul masa berlalu.Dulu...
27/01/2026

Lalu balik tempat sini hari ni... tak silap saya, sinilah ofis saya sekitar tahun 2009. Cepatnya betul masa berlalu.

Dulu saya sewa tingkat 3, tingkat paling atas sekali. Sebab apa? Sebab itulah yang paling murah, bro. Masa tu cuma ada seorang admin. Ofis pun tak ada renovation sangat, susun meja kerusi mana yang ada je. Ada satu partition kononnya jadi "Manager's Room" saya 😅

Paling pelik bila fikir balik, masa tu saya duduk Wangsa Maju. Nak sampai ke ofis ni makan masa 45 minit (40KM). Bayangkan ulang-alik 1 jam setengah setiap hari. Tak tahu mana datang kekuatan masa tu….

Masa tu anak masih baby, isteri p**a tengah maternity leave kat Ipoh. Saya teringat satu malam, lepas kerja seorang-seorang kat ofis sampai lewat malam, saya turun makan kat kedai bawah. Perasaan "lonely" tu memang pekat. Kenapa seorang kat KL? Sebab nak cari makan. Kena kerja keras kejar sales untuk komisyen sara keluarga…

Duit memang cukup-cukup makan. Baru berkahwin, anak baru lahir, bisnes pun baru nak hidup. Saya bukan dari keluarga senang, jadi saya tak nak susahkan sesiapa, apatah lagi buat isteri risau. Kena settlekan sendiri gitu..

Rasa down? Mestilah ada. Sunyi dan rasa serba tak kena. Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri: "Situasi ni akan berlalu." Terus melangkah walaupun ada road block. Biar perlahan, asalkan jangan berhenti.

Hari ini, saya bersyukur ada pengalaman tu. Orang kata, kalau kita pernah rasa pahitnya perjuangan, barulah kita akan betul-betul hargai kemanisan kejayaan nanti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.Maaf Zahir dan Batin.
10/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.
Maaf Zahir dan Batin.

Address

Pantai Valley

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Patrick Yong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share