21/06/2021
KENAPA KALUT SANGAT
Takaful hayat/Hibah checked , Alhamdulillah dah sign up 5 tahun lalu dan berstatus aktif.
Wasiat dah lantik trustee, Alhamdulillah berstatus aktif.
Penama KWSP checked, penama rumah, kereta dan sebagainya, Alhamdulillah semua OK.
Senarai hutang piutang dengan manusia pun checked, Alhamdulillah semuanya selesai
Senarai penghutang pun checked, disenaraikan elok-elok supaya tak terlepas pandang.
Lagi, senarai username dan password semua akaun bank, media sosial, dan sebagainya, juga checked.
Juga perlu sediakan tunai lebih kurang RM3ribu, untuk diguna jika berlaku kematian. Untuk kain kapan, upah gali kubur dan sebagainya. Zaman sekarang ni, bukan hidup saja perlukan duit, tetapi mati pun perlukan duit.
Pagi sebelum pergi cucuk vaksin Covid19, ambil juga supplement vitamin dan makan juga ubat Paracetamol, untuk pastikan diri ini sihat sebelum dan selepas divaksinasi.
Kad Perubatan pun checked. Status aktif, Alhamdulillah
Semua ini apa? Semua ini untuk apa?
Ikhtiar untuk hidup dan ikhtiar juga untuk keluarga yang ditinggalkan apabila ditakdirkan mati.
Persiapan macam nak pergi perang?
Tak apa. Ini juga ijtihad, ini juga mujahadah, ini juga ikhtiar, ini juga jihad, ini juga Lillahi Taala. Bersedia untuk mati sepatutnya dibuat SETIAP HARI.
Hidup bukan untuk berserah sahaja.Berikhtiar kena ada. Sunnatullah.Allah pandang usaha kita. Usaha & ikhtiar yang menjadi saham akhirat.
Elyn Binti Mohd Ridzwan
Registered IFP
IIUM,IBFIM,OTP BUSINESS SCHOOL
+0194604277