02/12/2021
BANK MANA YANG TERBAIK?
โขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโข
Soalan: Bank mana yang bagi pembiayaan perumahan terbaik?
Jawapan: Bank yang memenuhi kehendak dan kriteria pelanggan
Maka, tiada jawapan yang betul ataupun salah.
------------------------------------------------------------------
Jadi banyak faktor yang perlu diambil kira untuk menentukan bank yang terbaik. Antaranya ialah :-
#1 Margin of finance - Maximum M*F untuk pembiayaan perumahan pertama & kedua adalah sebanyak 90%, untuk pembiayaan rumah ketiga dan seterusnya adalah sebanyak 70%.
#2 Kadar pembiayaan - Kadar pembiayaan perumahan mempunyai dua jenis iaitu kadar tetap dan juga kadar asas. Lebih rendah kadar keuntungan bank, lebih baik, namun bergantung kepada tahap kesihatan profil, hartanah etc.
#3 Tempoh kadar pembiayaan - Sesetengah bank memberi pembiayaan pada tahun pertama lain, tahun kedua lain dan tahun seterusnya pun berbeza. Berbeza mengikut pakej yang diberi.
#4 Tempoh pembiayaan - Tempoh pembiayaan bergantung kepada usia pemohon. Maximum tempoh yang dibenarkan adalah 35 tahun.
#5 Kos guaman dan lain-lain - Setiap bank menawarkan pakej yang berbeza contohnya bank A boleh masukkan legal fees, bank B cuma boleh bagi 90% sharp, bank C boleh masukkan legal fees, valuation fees tapi berserta syarat.
#6 Harga jualan (Islamic Bank) - Ia dikira berdasarkan kadar siling yang paling tinggi yang telah ditetapkan dan kadar itu tidak boleh naik melebihi kadar siling.
#7 Tempoh berkunci - Tempoh dimana contohnya dalam masa 3 tahun, rumah tidak boleh dijual ataupun membuat pembiayaan semula. Jika tidak, penalti akan dikenakan.
#8 Bayaran ansuran bulanan - Last sekali, bayaran ansuran bulanan pembiayaan perumahan anda.
๐๐