08/09/2023
People who are stuck in the rat race are unhappily going through the motions in life, trudging through the daily grind of their workday feeling unfulfilled, unchallenged, and uninspired until they go home at the end of the dayโonly to repeat the whole process again.
Biasa dengar tak ungkapan " you are in the rat race" sebenarnya apa benda ni, apa kaitan kita dengan pelumbaan tikus ni? Mari kita ungkap sikit.
Kalau refer pada website wikipedia: Terma rat race ni datang dari perlumbaan dua ekor tikus cuba nak dapatkan keju, sedang mereka bersaing,mereka menggunakan tenaga yang lebih lagi dari habuan yang diterima.
Jadi persoalannya sekarang adakah kita dalam perlumbaan ni?
Adakah kita bekerja 9-5 tu kita berada dalam rat's race?
Macam mana kita nak keluar dari perlumbaan ini?
Adakah ini sebenarnya cara dunia berfungsi?
Pandangan saya:
Bekerja 9-5 tu bukanlah berada dalam lingkungan ni sebenarnya, dan ini bukanlah cara dunia ni berfungsi. Kerja mcm ni tak salah pon sebenarnya, Bukan semua orang patut berhenti kerja dan buat bisness sendiri, join jadi property agent, insurance agent atau sebagainya.
Bila kita mula berada di dalam perlumbaan ini adalah bila masa kita terlalu ikotkan nafsu.
-Instant gratification-Self reward, Beli phone mahal mahal buat installment, pegi bercuti, shopping baju, handbang. Duit takde? takpe ada credit card. Bayar minimum baru berapa je.
-Living beyond income: Lepak cafe hipster hari hari, minum coffee berharga RM 14 ringgit, setiap kali makan di kedai makan yang mahal. kereta p**ak paling kurang Honda City.Biar papa asal bergaya. Beli rumah mesti nak landed, corner lot 3 tingkat.hihihi
-Gali lubang Tutup lubang: Refinance consolidate sudah, komitment dah kurang jadi jom la tambah balik komitment sebab macam duit banyak sangat sekarang.
-Tiada simpanan: Pernah dengar sifu sifu cakap macam ni. "simpan sebelom berbelanja"? ye, cara untuk menyimpan dengan konsistant adalah dengan menyimpan dulu sebelom berbelanja. Kalau kita takde simpanan apa akan jadi kalau kita tiba tiba diberhentikan kerja atau ada apa apa emergency yang memerlukan duit.
Kesimp**an
Bukan kerja yang salah, diri kita yang salah. Poor money management yang membuatkan kita berada dalam perlumbaan ini, sehinggalah hutang kita terlalu besar dan bebanan hutang menyebabkan kita rasa seperti hamba yang bekerja hanya kerana hutang.