29/01/2026
📍Siapa sangka, niat baik ayah jadi gaduh besar anak-beranak! Ini pun semasa ayah masih hidup. Kalau ayah dah meninggal?
📍Ceritanya bermula begini. Haji Ramli ada 4 biji rumah. Hasratnya nak hibahkan rumah kepada semua anak-anak, 2 lelaki & seorang anak perempuan. Semuanya berjawatan tinggi di KL & masing-masing dah berkahwin. Keempat-empat biji rumah dah bebas hutang. Pendek kata, anak cuma "basuh kaki" jer. Sayangnya market value setiap rumah tak sama sebab setiap rumah berlainan specs & lokasinya.
Haji Ramli berhasrat untuk hibahkan sebuah rumah
kepada setiap anak lelaki dan 2 biji rumah kepada anak perempuan.
📍Nilai setiap rumah kepada anak lelaki ialah RM 700 ribu, sementara nilai rumah kepada anak Perempuan ialah RM 350 ribu. Maksudnya di sini, anak perempuan mendapat rumah yang bernilai RM 700 ribu in total.
Tak disangka-sangka, Ketika sesi akad hibah berlangsung, salah seorang anak lelaki refuse untuk terima hibah sebab katanya, beliau cuma dapat sebuah rumah sahaja, manakala adik perempuan dapat 2 buah rumah. Setelah Haji Ramli bagi tazkirah, barulah anak lelaki tadi cool down dan terima hibah ayahnya.
📍Ini bagi kes yang merancang. Bayangkan kalau Haji Ramli tidak membuat apa-apa perancangan harta semasa hidup. Ko rase?
Sebab tu, lebih baik kita merancang harta sekarang. Sebagai ibubapa, kita tak tahu masa depannya macam mana. Hari ni anak-anak atau adik beradik semuanya manis mulut, semuanya "ya saya terima apa saja pesanan ayah" akan bertukar menjadi singa lapar!
Hibah Kerana Sayang!
🚨Niat ayah nak bagi kasih sama rata, tapi hampir jadi punca retak keluarga. Nilai tak sama, hati pun mudah terasa. Mujur sempat rancang & buat hibah masa hidup. Harta boleh dicari, hubungan anak-beranak jangan sampai musnah sebab salah faham. Sayang keluarga? Rancang harta sekarang, bukan nanti.