26/01/2026
Menyesal tak sudah. Duit pinjaman tak dapat, duit simpanan p**a lebur.
Taktik licik 'Scammer Banker' yang ramai terpedaya sekarang:
Mereka menyamar sebagai Pegawai Bank, pakai profil WhatsApp gambar korporat, dan tawarkan Personal Loan dengan rate yang tak masuk akal rendahnya.
Ayat pancing mereka:
"Gaji rendah tak apa."
"Komitmen tinggi atau blacklist pun boleh lulus."
"Lulus di luar slip gaji."
Mereka sangat profesional. Siap bagi borang (PDF) yang nampak sebiji macam borang bank sebenar. Minta IC, minta slip gaji, tanya hutang keliling pinggang.
Kita pun percaya sebab nampak prosedur tu betul.
TAPI, ini perangkap mautnya:
Bila loan kononnya dah lulus, tiba-tiba muncul syarat pelik.
"Encik kena bayar duit Insurans/Takaful dulu untuk cover loan ni."
"Kena bayar yuran guaman dulu."
"Kena bayar stamping fee dulu."
Dan duit itu diminta transfer ke akaun PERSEORANGAN (Akaun Keldai), bukan akaun bank rasmi.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Sila pegang prinsip ini sampai mati:
BANK TIDAK AKAN MINTA DUIT PENDAHULUAN.
Segala yuran proses, duti setem, atau insurans akan DITOLAK TERUS (deduct) daripada jumlah pinjaman yang anda dapat.
Kalau anda pinjam RM10,000, bank mungkin masukkan RM9,500. Bakinya dipotong siap-siap.
Bukan minta anda transfer duit kepada mereka.
Jika ada 'banker' minta transfer duit dulu walau 1 sen, itu adalah SCAMMER.
Letak telefon, block nombor tu.