03/05/2023
Satu persatu bank “gulung tukar” di Amerika Syarikat. Harga emas dalam USD naik ke paras 2000$/oz semula.
Harga emas Malaysia pecah rekod baru, paras tertinggi dalam sejarah.
Bagi yang menabung emas, adakah ini waktu mereka “berpesta”?
Jawapannya : tidak, bagi siapa yang faham tentang emas.
Walaupun mungkin sedikit happy kerana nilai pelaburan(harga tabungan emas) mereka naik, tapi disebalik kenaikan harga emas yang abnormal, ada berita yang menggerunkan.
Harga emas naik = ‘indicator’ buruk kepada keadaan ekonomi semasa.
Bagi siapa yang tak tahu, dia fikir orang yang beli emas akan happy bila naik dan susah hati bila turun. Hakikatnya kedua-duang pun happy, cuma turun 2x lagi happy.
Yang susah hati bila harga emas naik adalah yang beli emas tapi takda ilmu. Susah hati sebab masa emas murah dulu tak beli, atau beli tak banyak.
Pesan guru emas saya, penulis buku “Wang Emas” Tuan Mohd Zulkifli Shafie ;
Bukan emas menjadikan kita kaya, tapi ilmu.