19/10/2020
APA ITU KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) DAN APA KEPENTINGANNYA?
Kad perubatan adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital SWASTA secara TANPA TUNAI (CASHLESS).
Memiliki medical card sama pentingnya seperti memiliki insurans kenderaan motor. Yang menjadi perbezaannya Medical Card tidak diwajibkan pihak bank kerana mereka tiada kepentingan ke atas diri kita berlainan dengan insurans kenderaan. Jadi siapa yg berkepentingan kepada diri kita? Tiada orang lain yang berkepentingan melainkan diri kita sendiri serta orang terdekat seperti isteri dan anak-anak.
Anda boleh saja menyimpan wang sendiri untuk perubatan dan kenapa p**a anda perlukan kad perubatan? Jika anda simpan RM200 sebulan untuk perubatan, bilakah waktunya simpanan anda akan menjadi RM100,000 sekiranya anda jatuh sakit seperti sakit buah pinggang dan memerlukan sejumlah wang rawatan yang besar sehingga RM100,000? Anda memerlukan sekurang kurangnya 30 tahun simpanan yang konsisten ditambah dengan faedah simpanan berkaitan.
PERANCANGAN KEWANGAN yang tepat adalah perlu bagi MELINDUNGI KEWANGAN dan keluarga anda bagi menghadapi malapetaka atau musibah yang tidak dapat dijangka oleh mana-mana individu di dunia ini. Justeru itu kita hanya mampu membuat persiapan dalam menangani isu tersebut sekiranya ditimpa musibah.
Jadi, apa fungsi Medical Card? Fungsi Medical Card adalah sebagai PERLINDUNGAN kepada BIL HOSPITAL SWASTA yang tinggi. Dengan medical card, anda mampu mendapatkan rawatan yang lebih selesa, cepat dan tepat. Anda tidak perlu menggunakan akaun saudara mara, akaun bank, akaun EPF @ KWSP, meminta sumbangan orang ramai untuk melangsaikan Bil Rawatan anda.
https://wa.me/60194435424
Asy-Syaukani
Financial Consultant