06/12/2022
Sambungan 2
Syarikat juga memperuntukkan peruntukan yang tinggi dalam pembangunan sistem digital untuk memberikan pelanggan dan agen-agen pengalaman baru dalam dunia takaful.
Bagi agensi takaful yang mementingkan syarikat patuh syariah p**a, ini adalah satu peluang yang hebat di mana FWD Takaful adalah syarikat antarabangsa yang beroperasi 100% sebagai syarikat takaful dan terikat di bawah akta Islamic Financial Services Acts 2013, IFSA 2013. Ini dapat mengelakkan agen-agen daripada melibatkan diri dalam menawarkan pelan-pelan insurans konvensional dan mengelirukan pelanggan.
INFO LANJUT
FWD Takaful Berhad, No. Pendaftaran 200601011780 (731530-M) adalah pengendali takaful keluarga di Malaysia. Pemegang sahamnya adalah FWD Life Insurance Company (Bermuda) Limited (sebuah syarikat Kump**an FWD), JAB Capital Berhad dan Lembaga Kump**an Wang Simpanan Pekerja Malaysia (KWSP).
FWD Takaful akan memanfaatkan pengalaman pan-Asia FWD Group untuk membangunkan dan menawarkan penyelesaian takaful kepada pengguna di Malaysia.
MENGENAI KUMPULAN FWD
FWD Group merangkumi Hong Kong & Makau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun dan Malaysia, menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, faedah pekerja, produk Takaful Syariah dan Keluarga di sebilangan pasarannya.
FWD difokuskan untuk mencipta pengalaman pelanggan yang segar, dengan produk yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang menitikberatkan pelanggan ini, FWD bertujuan untuk menjadi syarikat insurans pan-Asia terkemuka yang mengubah pandangan masyarakat terhadap insurans.
KEDUDUKAN KEWANGAN YANG KUKUH
FWD Group telah membeli kepentingan di dalam HSBC Insurance (Asia Pasific) Holdings Ltd di dalam HSBC Amanah Takaful Malaysia Bhd. Kemudiannya dijenamakan semula menjadi FWD Takaful Berhad.