Unit Trust Terbaik Patuh Shariah

Unit Trust Terbaik Patuh Shariah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Trust Terbaik Patuh Shariah, Financial planner, NO 12 A Jalan PJU 5/8 DATARAN SUNWAY, Petaling Jaya.

Menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pelaburan unit trust patuh Shariah yang tidak terhad kepada pasaran tempatan, malahan di pasaran Asia Pasifik, Greater China dan global.

I've met so many people that have maxed out their credit cards. What is amazing is that there are many ways to pay down ...
24/10/2022

I've met so many people that have maxed out their credit cards. What is amazing is that there are many ways to pay down the debt. It’s never too late until you give up 💪

Pernahkah kita mengira berapa nilai bersih atau net worth kita pada hari ini? Adakah ia positif atau sebaliknya. Ambil m...
21/03/2022

Pernahkah kita mengira berapa nilai bersih atau net worth kita pada hari ini? Adakah ia positif atau sebaliknya. Ambil masa seketika untuk senaraikan semua aset yang kita ada pada nilaian hari ini. Senaraikan juga baki semua hutang yang kita ada.

Nilai Bersih = Nilai Aset - Jumlah Hutang@Liabiliti

Tahniah jika ia positif. Dan, jangan susah hati jika ia negatif.

Anda boleh dapatkan khidmat nasihat kewangan daripada Licensed Financial Planner sekiranya anda mahu kembangkan lagi aset sedia ada; atau anda mahu pulihkan net worth anda dari negatif kepada positif.

Yang penting, bertindak. Tindakan anda hari ini menentukan hasil kemudian hari. Moh kiter!



Mulakan dengan langkah pertama. Yakini bahawa usaha itu dari kita; dan rezeki itu dari Allah Ar-RahmanTiada siapa yang b...
03/02/2022

Mulakan dengan langkah pertama. Yakini bahawa usaha itu dari kita; dan rezeki itu dari Allah Ar-Rahman

Tiada siapa yang boleh mengubah nasib kita melainkan diri sendiri. Have goals in your life and pursue them wholeheartedly ✍🏻💪🏻♥️

Teruskan belajar dan berkongsi info untuk membantu orang lain mencapai matlamat mereka; dan anda. Apa yang kita anggap a...
25/01/2022

Teruskan belajar dan berkongsi info untuk membantu orang lain mencapai matlamat mereka; dan anda.

Apa yang kita anggap adalah pengetahuan umum boleh jadi sukar difahami bagi orang lain.

Rata-rata dari kita miliki kediaman samada untuk diduduki atau untuk pelaburan. Pastinya ini memerlukan modal yang besar...
13/01/2022

Rata-rata dari kita miliki kediaman samada untuk diduduki atau untuk pelaburan. Pastinya ini memerlukan modal yang besar dan proses yang rumit. Begitu juga apabila kita mahu cairkan hartanah tersebut.

Namun, hanya segelintir dari kita tahu ada alternatif lain untuk kita miliki hartanah dengan kos yang lebih murah dan mudah; dalam dan luar negara 🤩

Dan, modal yang diperlukan jauh lebih rendah serta proses boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Sebagai contoh, dana unit trust Manulife Shariah Global REIT* yang fokus kepada hartanah kediaman, bangunan pejabat, industri serta komersil di US, Oz dan UK serta beberapa negara lain.

Tahun lepas p**angan dana ini adalah 36%**. Agihan dividen p**a sebanyak dua kali iaitu pada Mei dan Nov 🥳

Dana ini sesuai untuk pelabur yang ingin memiliki pegangan hartanah di pasaran antarabangsa. Ia menawarkan pendapatan melalui keuntungan modal dan dividen tahunan (jika ada) dengan melabur dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Sila rujuk komen untuk mulakan pelaburan anda dalam portfolio hartanah (REITs) 🤗

Perlu diingatkan bahawa prestasi mana-mana dana yang lalu tidak menjamin prestasi akan datang. Oleh itu, adalah penting bagi pelabur untuk review portfolio dari semasa ke semasa; samada secara sendiri atau mendapatkan khidmat nasihat daripada unit trust consultant atau Financial Planner.

Sumber: *Nov 2021 Factsheet dan **Bloomberg







Selamat Tahun Baharu 2022الحمد الله على كل حال ♥️Syukur atas segala kurniaan Allah sepanjang tahun 2021. Semoga Barakah ...
01/01/2022

Selamat Tahun Baharu 2022

الحمد الله على كل حال ♥️

Syukur atas segala kurniaan Allah sepanjang tahun 2021.

Semoga Barakah dan Rahmah Allah sentiasa memayungi kehidupan kita dunia akhirat.

♥️ آمين يارب العالمين

Pelaburan   bukan rich-quick game atau scam. Tetapi, pelaburan   memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk ia mul...
28/10/2021

Pelaburan bukan rich-quick game atau scam. Tetapi, pelaburan memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk ia mula memberi p**angan kepada pelabur.

Pelabur perlu yakin kepada proses pertumbuhan pelaburan dana. Sebagai contoh ialah dana Aberdeen Standard Islamic World Equity. Kategori dana ekuiti global patuh shariah.

Klien sis mula melabur pada bulan Mar 2017. Sepanjang dua tahun pertama, pelaburan masih negatif. Tetapi, apabila masuk tahun ketiga dan seterusnya, pelaburan berkembang cantik kerana harga unit yang semakin naik.

Hari ini pelaburan klien telah memberi p**angan sebanyak 56% dalam tempoh 4 tahun! 🤩

Ini bermaksud dana ini telah memberi p**angan melebihi 10% setahun secara purata 🥳

Klien tidak perlu berbuat apa-apa melainkan yakin kepada kredibiliti fund manager yang profesional dan berpengalaman luas. Fund manager yang akan memilih saham yang bersesuaian dengan strategi dan objektif dana.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi satu-satu dana pada hari ini tidak menjamin prestasi akan datang. Oleh itu, adalah penting bagi pelabur untuk review portfolio dari semasa ke semasa; samada secara sendiri atau mendapatkan khidmat nasihat daripada unit trust consultant atau Financial Planner.







Private Retirement Scheme (PRS) adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang yang membantu anda menyimpan untuk per...
25/10/2021

Private Retirement Scheme (PRS) adalah skim simpanan dan pelaburan jangka panjang yang membantu anda menyimpan untuk persaraan. Ia secara khususnya diperkenalkan untuk menggalakkan anda menyimpan lebih banyak supaya boleh menampung kehidupan yang selesa sekurang-kurangnya bagi tempoh 15-20 tahun selepas persaraan.

Berita baik, anda turut boleh menikmati pelepasan cukai sehingga RM3000 setiap tahun. Insentif ini sah sehingga tahun taksiran 2025.

Berita kedua terbaik, anda boleh membuka akaun dan mula menyimpan serendah RM100.

Berita ketiga terbaik..akan sis share di lain posting ya😄😉






Malam ni sis nak share one of the local funds yang sebelum ni sendu tak berlagu. Namun, sejak 3 bulan lalu, dana ni mend...
13/10/2021

Malam ni sis nak share one of the local funds yang sebelum ni sendu tak berlagu. Namun, sejak 3 bulan lalu, dana ni mendaki steadily dan p**angan telah mencecah 14% dalam tempoh 3 bulan.

Cash & EPF: Yes
Category: Equity Large Cap
Geographical Allocation: Malaysia

Sector Allocation: 22% Technology
14% Materials
11% Industrials
11% Communication Services

Top 10 Holdings: Petronas Chemicals
Telekom Berhad
Axiata Berhad
Inari Amertron
Genetec Technology

Sources: Aug 2021 fund factsheet







08/10/2021

Pelaburan mirip kehidupan. Yang di bawah tidak semestinya kekal di situ. Yang di atas ada masa tergolek jua. Sabar dan tenang kunci kejayaan 💪



Address

NO 12 A Jalan PJU 5/8 DATARAN SUNWAY
Petaling Jaya
47810

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Trust Terbaik Patuh Shariah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Unit Trust Terbaik Patuh Shariah:

Share