06/02/2018
Formula 3 Tahun Dapat RM30000.
************************
Bagi mereka yang simpan duit dah lama, tapi x de lagi RM30000, jom Abang share teknik untuk dapat RM30000 dengan menyimpan hanya RM525 sebulan dalam tempoh 3 tahun sahaja.
Kepada korang yg menantikan dan ingin tahu Formula 3 Tahun Dapat RM30000 ni, Abang sediakan penulisan ni khas untuk korang.
Bagaimana simpanan RM525 sebulan selama 3 tahun boleh menghasilkan RM30000.
*************************
Formula dan teknik ni dikenali dgn julukan nama Others People Money atau singkatannya OPM.
Untuk applikasikan teknik ni, firstly korang kene apply ASBF. Butir2 nya seperti yang dibawah:
Sijil simpanan RM100k (Dibeli oleh Bank)
Profit Rate 4.8% (keuntungan bank)
Tempoh 30 tahun (terminate 3 tahun)
Bayaran bulanan RM525
1) Hasil dividen
-Tahun pertama : RM100,000 x 6.75% = RM6,750
Gunakan dividen tahun pertama utk apply dan bayar ASBF 100k yang kedua.
Bayaran setahun ialah RM6,600 (iaitu bayaran RM550 sebulan selama 12 bulan)
Baki dividen yang tidak diguna RM150.
-Tahun kedua :
Sijil 1 RM100,000 x 6.75% = RM6,750
Sijil 2 RM100,000 x 6.75% = RM6,750
Total dividen = RM6,750 + RM6,750 = RM13,500
Gunakan dividen tahun kedua utk apply dan bayar ASBF 100k yang ketiga.
Bayaran setahun sama RM6,600 (iaitu bayaran RM550 sebulan selama 12 bulan)
Gunakan baki dividen untuk baya ASB 100k sijil yg kedua,
Bayaran setahun juga sama RM6,600 (iaitu bayaran RM550 sebulan selama 12 bulan)
Baki dividen yg tidak digunakan RM300.
-Tahun ketiga :
Sijil 1 RM100,000 x 6.75% = RM6,750
Sijil 2 RM100,000 x 6.75% = RM6,750
Sijil 3 RM100,000 x 6.75% = RM6,750
Total dividen = RM6,750 + RM6,750 + RM6,750 = RM20,250
2) Surrender value
Sijil 1 RM100,000 - RM95,200 = RM4,800
Sijil 2 RM100,000 - RM96,900 = RM3,100
Sijil 3 RM100,000 - RM98,500 = RM1,500
Total surrender value untuk ketiga tiga sijil : RM9,400
3) Baki dividen yg tidak diguna RM150 + RM300 = RM450
Total return (1) RM20,250 + (2) RM9,400 + (3) RM450 = RM30,100
*Kiraan dividen berdasarkan rekod dividen terendah iaitu 6.75%.
*Bayaran bulanan sijil akan mengikut pada profit rate bank semasa.
*Bayaran bulanan RM525 hanya terpakai pada promo rate 4.8%
Inilah jawapan bagi Formula (C) RM525 x 36 bulan = RM30000 yang korang nantikan tu. Best kan bayar sama setiap bulan RM525 tetapi sijil bertambah dapat pon banyak. Dengan RM30000 tu nanti bolehlah tolong korang capai matlamat korang, nak kawen ke nak buat bayar deposit rumah ke, nak bayar deposit kereta ke, ikut korang la duit korang kan.