YokRotax

YokRotax Kami menyediakan perkhidmatan memperbaharui insurans/takaful dan cukai jalan dengan MUDAH, CEPAT & M FREE QUOTATION, whatApps 019-790-7475 NOW!

Kami menyediakan perkhidmatan memperbaharui insurans/takaful dan cukai jalan dengan MUDAH, CEPAT & MESRA.

Mengapa perlu memperbaharui perlindungan insurans dan cukai jalan kenderaan anda dengan kami? Dengan kepakaran selama 15...
04/04/2024

Mengapa perlu memperbaharui perlindungan insurans dan cukai jalan kenderaan anda dengan kami?

Dengan kepakaran selama 15 tahun, menguruskan risiko kenderaan anda dari bencana seperti kemalangan, rosak, kehilangan, banjir dan lain-lain musibah akan membuatkan anda rasa terjamin dan lebih selamat ketika berada di jalan raya.

Kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan selepas jualan adalah dijamin seperti,

- Pengeluaran Diskaun Tanpa Tuntutan (Non Claim Discount NCD).
- Penamatan sijil takaful.
- Khidmat nasihat tuntutan kemalangan.
- Khidmat nasihat bantuan kerosakan.
- Penguatkuasaan semula manfaat tambahan selepas tuntutan seperti cermin pecah.
- Khidmat pesanan ringkas peringatan tarikh luput insurans dan cukai jalan.

Kami juga ada menyediakan pelan "Unlimited Mileage Breakdown Towing Service" (Perkhidmatan Penundaan Rosak Tanpa Had Perbatuan) untuk menunda kenderaan anda yang rosak ke bengkel-bengkel panel ketika saat-saat tidak diduga.

Selain dari itu kami juga mempunyai pelbagai pelan manfaat yang istimewa diberikan PERCUMA seperti,
- Perlindungan Kemalangan Diri RM 10,000 ke atas pemilik kenderaan
- Bantuan kos tambang pulang dari lokasi kerosakan atau kemalangan (maksimum RM 100)
- Waqaf / Endowment RM 1,000 atas nama pemilik kenderaan kepada badan-badan amal, NGO dan sebagainya
- Nama pemandu yang dibenarkan tidak terhad (Unlimited Authorised Named Driver)

Kami mempunyai pengalaman menghantar cukai jalan-cukai jalan yang diperbaharui secara atas talian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula akhir bulan Mac 2020 kepada pelanggan yang tidak dapat berurusan secara biasa ketika tempoh tersebut tanpa sebarang masalah.

Dapatkan sebutharga dari kami wasap.my/+60197907475/yokrotax SEKARANG!

wasap.my/+60197907475/yokrotax
wasap.my/+60197907475/yokrorax

Kereta - Motorsikal - Lori - Bas - Mesin Kejuruteraan - Ambulan - Kenderaan Jenazah dll

YokRotax - "Mudah, Senang dan Pantas"

Tora datang lagi dengan cukai jalan fizikal 🤭Buat masa ini anda masih ada pilihan sama ada cukai jalan fizikal atau digi...
18/01/2024

Tora datang lagi dengan cukai jalan fizikal 🤭

Buat masa ini anda masih ada pilihan sama ada cukai jalan fizikal atau digital.

Sebagai rujukan....terima kasih Bro-shamsulnubairi atas ilmunya..
29/09/2023

Sebagai rujukan....terima kasih Bro-shamsulnubairi atas ilmunya..

jom bercerita pasal TPS
throttle position sensor.
( BAHAGIAN 1 )

sama seperti namanya,
sensor ni dicipta untuk tahu kedudukan throttle atau nama lain butterfly.

adakah TPS ni berfungsi untuk tentukan air fuel ratio?
tidak,
TPS tidak boleh menyukat volume ( isipadu ) udara, tak tahu jumlah udara macam mana nak tahu jumlah minyak yang diperlukan.
benda yang berkaitan dengan air fuel ratio ni kita bercerita lain kali.

TPS ni terbahagi kepada 2 jenis.
- 3 pin
- 4 pin

jenis 3 pin.
- pin +5 volt
- pin -5 volt
- pin signal out

jenis 4 pin.
- pin +5 volt
- pin -5 volt
- pin signal out
- pin idle switch

macam mana TPS ni tahu kedudukan throttle adalah melalui pin signal out.
sewaktu throttle tutup, signal out lebih kurang 0.3V. dan sewaktu throttle buka habis signal out lebih kurang 4.8V
lebih kurang, nilai tak tepat.
jadi kat sini kita boleh nampak, output TPS adalah variable, semakin banyak throttle dibuka semakin tinggi voltage output signal.
signal output ini akan dihantar ke ECU untuk diproses.

kalau cabut soket TPS ni, enjin masih boleh hidup, kereta masih boleh jalan dari Johor ke Perlis.
enjin tak kan mati atau jahanam.
air fuel ratio masih lagi stoichiometric.
jadi, ini bukti TPS tidak ada kaitan dengan air fuel ratio.
cuma, untuk TPS 4 pin sahaja, waktu idle, idle akan kacau.
sebab pin ke-4 adalah idle switch, cabut soket idle switch tidak akan berfungsi, idle enjin akan kacau.

jadi,
berbalik kepada soalan.
apa fungsi sebenar TPS?


Oleh sebab respond yang banyak pada post soalan saya mengenai TPS ni.
saya dengan gembira akan share dengan korang semua, apa fungsi sebenar TPS ni.

ada 2 fungsi :
- enjin load
- start up acceleration ( pemula pecutan )

ENJIN LOAD
kita kenal dulu apa benda tu enjin load.
enjin load terbahagi kepada 2 :
- positif
- negatif

setiap pembuat kereta akan save data enjin load kereta tu di dalam ECU.
contoh,
saya buat cerita sepaya mudah faham,
pembuat kereta jenama P, save data di dalam ECU
gear 5, throttle 20%, speed 80kmj, load 15%,
ini data waktu crusing jalan mendatar.
kemudian sampai jalan berbukit,
data menjadi macam ni
gear 5, throttle 20%, speed 60kmj, load 30%
bukit makin curam,
data jadi
gear 5, throttle 20%, speed 40kmj, load 60%

makin tinggi enjin load, enjin makin tak larat.
sampai satu tahap enjin boleh stall ( mati )

jadi,
apa fungsi enjin load ni?

enjin load ni ada 2 fungsi,
yang paling besar adalah untuk gear auto.

bila enjin load tinggi, melebihi had yang di set di dalam TCU.
gear akan drop
bila enjin load rendah, kurang had yang di set di dalam TCU, gear akan sh*tf up.

itu kenapa, bila setting TPS tak betul,
gear auto tak sedap.
gear naik tersentap, gear turun tersentap.
gear lambat naik, gear cepat turun.
gear cepat naik, gear lambat turun.

tapi,
bila setting TPS betul, sama seperti yang di save di dalam ECU TCU,
gear lancar, penukaran gear smooth, memotong sedap gear turun pada waktu yang sepatutnya. memecut pon sedap.

sampai takat ni, paham tak?
clear tak?

jari dah lengoh menaip, dah nak subuh.....
kita sambung lagi cerita ni lain kali.
bereh

15/09/2023
13/09/2023

Kereta sendiri breakdown di Persimpangan Felda Panching Selatan, Kuantan.

Kita tarik balik ke Pontian sejauh 325km hari yang sama. Berapa kos penundaan? Free, ya PERCUMA sebab kami ambil manfaat Penundaan Tanpa Had Bilangan (unlimited number of towing service) semasa perbaharui sijil takaful kenderaan.

Hanya tambah RM 85 sahaja di sijil takaful kenderaan anda dan anda memperoleh ketenangan fikiran.

Berapa jumlah perbatuan free towing anda?

Sementara stok masih ada. Barang rare, road tax fizikal 🤭
10/09/2023

Sementara stok masih ada. Barang rare, road tax fizikal 🤭

25/07/2023

Cukai jalan (road tax) digital adalah alternatif kepada cukai jalan fizikal yang sedia ada.
Ianya boleh di lihat dari aplikasi myJPJ yang telah dimuat turun ke telefon pintar anda.

Anda tidak lagi perlu beratur panjang untuk mendapatkan road tax di kaunter ataupun menunggu ianya dihantar menggunakan pos sekiranya berurusan di atas talian.

Perbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan anda secara atas talian melalui kami. YokRotax sentiasa memacu anda ke hadapan dengan lebih PANTAS!!

29/05/2023
24/05/2023

Dalam apa jua keadaan...hujan panas malam siang!

Dapatkan bantuan penundaan kerosakan tanpa had perbatuan (unlimited mileage breakdown towing service) dari kami.Jangan p...
25/04/2023

Dapatkan bantuan penundaan kerosakan tanpa had perbatuan (unlimited mileage breakdown towing service) dari kami.

Jangan peningkan kepala anda di musim perayaan ini. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.Alang-alang berhobi biar sampai ke negara orang 😆Tahniah kepa...
16/01/2023

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang berhobi biar sampai ke negara orang 😆

Tahniah kepada seluruh team Retro Havoc atas penyertaan MKII ke TAS 2023.

TAS2023 melabuhkan tirai. Terima kasih semua support yang sangat padu dari yang hadir ke TAS2023 dan yang kat Malaysia. Anda semua hebat.

Jumpa di acara tahunan kita 8TH ANNUAL RETRO HAVOC CAR SHOW 2023 pada 27th May 2023. Pendaftaran akan bermula pada hujung bulan ni. Peserta individual dan group boleh ready. 720 slots sahaja.

Address

07-20 Plaza Harta, Medan Ko-op
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 13:00
Sunday 08:30 - 18:00

Telephone

076883764

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YokRotax posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to YokRotax:

Share