Ibnusinaz aturwang

Ibnusinaz aturwang Sama-sama berkongsi ilmu yang tidak seberapa dan baru belajar berkaitan kewangan, perlaburan, simpan

 Hidup nie simple jer, jangan susah susahkan.Jika lapar, kita makan.Jika ngantuk, kita tidur.Jika rindu, buat video call...
11/05/2022



Hidup nie simple jer, jangan susah susahkan.

Jika lapar, kita makan.
Jika ngantuk, kita tidur.
Jika rindu, buat video call.
Jika tak berduit, kita menabung.
Jika bodoh, kita belajar.
Jika hitam, pakai bedak.
Jika miskin, kita bekerja.
Jika bujang, cepatlah kahwin.

Semua ada penyelesaian.

Bila kita susah, belajar menyimpan dan menabung. Duit tak ada bukan sebab tak ada duit. Sebab kita tak boleh kawal duit.

Kawal duit perlukan seni dan ilmu, alah sama macam mana kita kawal bini la senang cerita.

Abah Qilah
Lelaki Ensem Bila Dia Kaya

Lelaki Kacak Bujang Ini. Jika duit dia pandai simpan, pasti hati gegadis lagi dia pandai jaga. ๐Ÿ˜…

Credit to Tips kewangan & hartanah Azizul

Tips Kewangan Orang Muda & Mudahnya Membeli Rumah . Suami Seksi Beli Rumah Untuk Isteri.

01/05/2022

Happy holiday..kerja, kerja juga, rehat pun perlu..moga kerjaya jadi part of ibadah, barulah datang keberkatan.

Adakah anda masih mencari "tabung" yang boleh 'grow' simpanan anda ke level yang anda impikan? Jawapannya ada di Kenanga...
29/04/2022

Adakah anda masih mencari "tabung" yang boleh 'grow' simpanan anda ke level yang anda impikan? Jawapannya ada di Kenanga Investment. Satu-satunya bank perlaburan yang menguruskan dana unit amanah terbaik di Malaysia. Anda boleh lihat sendiri agihan dividen oleh Kenanga ke atas dana-dana yang diuruskan. Sangatlah berbaloi.

Untuk pertanyaan, boleh klik link dibawah.

Ibnusina
Kenanga Investment
https://wa.me/60183161475





Peluang untuk menjana pendapatan akhirat. Marilah sama-sama kita ambil peluang ini yang kita sendiri tidak tahu apakah a...
28/04/2022

Peluang untuk menjana pendapatan akhirat. Marilah sama-sama kita ambil peluang ini yang kita sendiri tidak tahu apakah ada lagi atau tidak peluang ini pada tahun yang akan datang.



 1. Hidup Dibawah Kemampuan Kita.Jika kita layak belanja untuk diri RM100, belajar belanja kurang dari itu agar kita mas...
27/04/2022



1. Hidup Dibawah Kemampuan Kita.
Jika kita layak belanja untuk diri RM100, belajar belanja kurang dari itu agar kita masih ada simpanan kita. Jangan belanja RM100 walaupun kita layak.

2. Sediakan Cepat Dana Kecemasan
Manfaatkan I-Lestari, Moratorium untuk buat simpanan Dana Kecemasan secepat mungkin. Pastikan ada Dana Kecemasan 6 bulan kedepan. Jangan habiskan peruntukan simpanan yang ada. Jika boleh ada Dana selama setahun lagi sangat membantu.

3. Selesaikan Hutang dan Jangan Bina Hutang Baru
Selain buat simpanan, usahakan lebihan duit yang ada untuk cuba selesaikan hutang hutang kecil yang kita mampu. Jangan buat hutang baru kerana kita sedang guna wang yang belum kita dapat.

4. Jana Pendapatan Sampingan
Rancang hidup, cari jalan untuk jana peluang bagi cipta pendapatan baru

5. Kembangkan Pelaburan Anda.
Belajar ilmu pelaburan, duit kita boleh dilaburkan dimana. Biar sedikit tetapi kekal terus berkembang, dari banyak tetapi berisiko tinggi untuk hilang.

6. Diversifikasi Aset Yang Ada.
Jangan hanya tertumpu pada satu jenis aset pelaburan sahaja, letak aset dibakul bakul berbeza. Agar jika terkesan tidak terus terjejas.

7. Jaga Kebahagian keluarga Dan Keselamatan.
Ketika kemelesetan ekonomi, kadar penceraian menjadi tinggi akibat tekanan hidup, jaga keluarga baik baik. Kadar jenayah juga akan meningkat tinggi, maka jaga keselematan keluarga baik baik.

8. Simpan Stok Makanan
Makanan adalah keperluan paling penting, Kerajaan peruntuk dana paling besar buat makanan. Maka jaga makanan asas kita, berhenti mencuba makanan yang pelik pelik saat begini.

Jagalah keluarga kita baik baik saat begini, beri sokongan emosi pada suami, pada isteri agar mereka stabil dari segi kewangan dan emosi. Saat begini orang mudah terasa hati dan sensetif.

Ekonomi kali ini bergantung dengan negera negara lain yang belum selesai wabak lagi. Walau ekonomi kita dah baik, kita masih bergantung dengan keadaan ekonomi negara negara jiran kita.

Berdoalah agar wabak ini selesai dengan baik, agar kita boleh baiki ekonomi negara dan keluarga kita.

Credit to : Azizul Azli Ahmad
Telegram : https://t.me/NotaAzizulAzli





25/04/2022

[Power of Sedekah]

Masih ada berbaki kurang 10 hari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan yang penuh berkah dan dilimpahi rahmah ke atas sesiapa yang tidak mensia-siakannya. Jom kita memperbanyakkan amalan baik, ibadah-ibadah sunat, semoga Allah kurniakan ganjaran pahala berlipat kali ganda atas asbab amalan kita di bulan yang mulia ini.

Amalan bersedekah adalah amalan yang sangat dituntut dalam bulan ramadhan ini selain membaca alquran, berdzikir mahupun berselawat kerana amalan ini menjadikan kita lebih memahami konsep spritual ramadhan yakni salah satunya ialah menyelami kehidupan saudara-saudara kita yang hidup dalam kesusahan.

Sedekah atau derma hatta waqaf sekalipun tidak menjadikan seseorang itu rugi mahupun jatuh miskin walaupun jika dilihat dari aspek perakaunan, sedekah atau derma itu lebih kepada wang keluar atau outflow. Akan tetapi, konsep rezeki pada orang yang bersedekah itu amatlah unik dan menakjubkan. Allah seringkali berjanji kepada sesiapapun yang bersedekah tidak kira bangsa atau agama yang mana barangsiapa melaksanakan sedekah, maka ia akan digantikan dengan ganjaran atau pulangan berlipat ganda. Lihat, bertapa hebatnya sedekah sehingga ia bukan dianggap sebagai 'expenses' tetapi lebih kepada 'investment'. Untunglah sesiapa sahaja yang mempunyai berkesempatan masa dan umur menjadikan diri sendiri rajin serta beristiqamah melakukan sedekah.

Jom kita baiki 'attitude' kita dari menjadi seorang kedekut untuk menderma kepada seorang yang ringan untuk bersedekah. Sedekahlah walau sedikit sebab Allah tidak tengok pada nilai tapi kepada keikhlasan.

"Rezeki itu datang dari 3 cara. Datang sebab kamu cari, datang sebab Allah nak bagi atau datang sebab kamu pernah memberi"





22/04/2022

Untuk buat saving, sepatutnya kena ada aim/matlamat dan tujuan saving..kalau tak, lama-lama nak saving pun tak ada mood,bosan..tu yang asyik korek tak sudah๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†




13/03/2022

Bersyukur apa yang dapat hari ini supaya dapat menjadi motivasi untuk hari esok

Memiliki impian dan merancang impian merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang yang ingin berjaya. Tidak kiralah samad...
25/02/2022

Memiliki impian dan merancang impian merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang yang ingin berjaya. Tidak kiralah samada impian itu hanya sekadar angan-angan Mat Jenin atau bakal menjadi sesuatu โ€˜transformationโ€™ yang bakal merubah hidup sendiri tetapi sekurang-kurangnya mempunyai sebuah impian itu membuatkan kita mempunyai hala tuju dan tujuan. Tak salah untuk bermimpi, walaupun di siang hari. Jadikan impian suatu realiti, bukan sekadar mainan mimpi.๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Address

Puchong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibnusinaz aturwang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ibnusinaz aturwang:

Share