18/10/2020
.
“If you’re confused about something, Do istikharah and rely on Allah. Ask Allah for help and he will answer.”
S**a saya Ingatkan disini istikharah ni bukan hanya untuk jodoh je ye. Kalau keliru untuk buat sesuatu keputusan pun boleh buat istikharah. InshaAllah kita akan dapat petunjuk kerana Allah lebih tahu apa yang kadang2 kita sendiri tak tahu dan perancangan Allah Itu adalah yang terbaik. Selalu lah letak kan Allah ditempat pertama dalam apa jua yang kita lakukan seharian ye.
Okay saya story sikit pasal client kali ini ye. Jarang saya nak cerita panjang2 ni. Biasa la lelaki kan malas nak bercerita atau menulis panjang panjang kan.haha
Client kalini adalah kawan sekolah Saya sendiri dan dari sekolah lagi saya telah mengenali beliau. Sebenarnya Banyak kali da beliau bertanya dekat saya pasal unit Laman Haris ni dan banyak kali jugak la saya suruh dia fikir dahulu dan berbincang dengan bakal isteri tentang keputusan nak duduk di rumah ni. Bukan Sebab apa, Sebab bagi saya rumah ni terlampau besar untuk pasangan yang baru nak mendirikan rumah tangga dan of course la komitmen bulanan agak tinggi kan nanti, saya taknak beliau terbeban dengan komitmen bulanan yang agak tinggi Sebab baru nak mulakan hidup. Tetapi siapa kita nak menghalang aturan Allah kan? Lepas banyak kali saya suruh beliau fikir dahulu dan Harini saya bawak juga beliau pergi view rumah tersebut selepas beliau cakap memang nekad nak ambil rumah yang ni. Alhamdulillah turun view, Dari mata terus jatuh kehati dan beliau terus letak full deposit. Jarang2 orang view yang terus letak full deposit ye, memang da lama di simpan katanya dan hati dia kuat mengatakan nak kan rumah ni. Alhamdulillah~
Akhir kata dari saya, Terima kasih ye Encik Hafizi dan Selamat Bakal Pengantin Baharu untuk bakal pengantin ni. Semoga berkekalan hingga ke jannah dan dipermudahkan semua urusannya ye. Aminnn