30/11/2025
Kesan Buruk Jika Lewat Bayar Bil Kad Kredit
Ada antara kita yang tidak menggunakan kad kredit dengan betul ketika berbelanja dan akhirnya terpaksa menanggung beban hutang. Justeru, kami senarai 5 kesan atau keburukan menggunakan kad kredit yang terjadi sekiranya anda lambat bayar hutang.
1. Kadar Faedah Tinggi
Kadar faedah yang tinggi boleh dikenakan sehingga 18% sekiranya lewat membayar daripada tempoh sepatutnya.
Oleh itu, untuk lebih selamat, bayarlah awal dan boleh mendapat kadar faedah yang lebih rendah.
2. Caj Bayaran
Anda juga akan dikenakan caj bayaran tertentu sebagai hukuman atau denda kerana lambat membuat pembayaran dan bergantung kepada bank masing-masing.
Selalunya caj dikenakan melibatkan baki yang tertunggak dan akan dikenakan sehingga kita dapat melunaskan tunggakan itu.
3. Skor Kredit Terjejas
Skor kredit baik penting untuk memastikan permohonan pinjaman anda lulus atau tidak. Semua maklumat pembayaran kad kredit boleh disemak dan diteliti pihak bank.
Ia boleh diperolehi melalui CCRIS dan CTOS. Kalau ada tertunggak, pinjaman menjadi sukar.
4. Pengutip Hutang Mengejar Anda
Pihak bank boleh mengarahkan pengutip hutang untuk memungut hutang termasuk ketika anda berada di rumah atau pejabat.
Jangan main-main, sekiranya anda tidak mahu menanggung malu, bayar dalam tempoh ditetapkan.
5. Potensi Muflis
Tahukah anda, sekiranya anda gagal selesaikan hutang kad kredit, anda boleh diisytiharkan muflis, dihalang keluar dari Malaysia termasuk harta benda akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk melangsaikan hutang itu.
Sekiranya anda bekerja dalam bidang professional seperti undang-undang, perubatan, kebarangkalian ia akan menjejaskan karier anda dan akaun bank boleh dibekukan.
SEMAK KELAYAKKAN PINJAMAN PERIBADI BANK
HANYA SENT SEBULAN PAYSLIP TERKINI
‼️TIADA SEBARANG BAYARAN UNTUK SEMAK KELAYAKKAN‼️
www.wasap.my/60123204084/semakkelayakkan