10/01/2025
Kadangkala adalah lebih mudah menyayangi orang lain berbanding diri sendiri.
Kita sanggup melakukan apa sahaja untuk yang tersayang, namun kita gagal dalam menghormati dan mencintai diri sendiri.
Namun apakah yang dimaksudkan dengan menyayangi diri sendiri?
Seseorang yang mencintai dirinya sendiri tidak akan sengaja terjebak dengan kebinasaan.
Orang yang kuat bukan saja cuba melakukan yang terbaik untuk orang lain, namun untuk dirinya sendiri.
Sebolehnya, puji diri sendiri apabila berjaya melakukan sesuatu tugas, hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri; minuman kegemaran pun boleh je. Akhir sekali, yang paling penting, rehat bila perlu. Jangan paksa diri sendiri.
💕