16/07/2021
Malam tadi saya pulang agak lewat, bantu hantar anak jiran saya ke unit kecemasan hospital.
Jam 12.00 kami sampai, saya tunggu sampai jam 1.30 pagi, kami dinasihatkan pulang.
Lagi pun pagi ini saya ada kuliah terakhir dengan kelas saya sebelum masuk study week.
Saya sampai rumah jam 2.00 pagi. Mandi bersihkan diri, jam 3.00 saya tidur.
Suboh saya bangun jam 5.30 pagi, ada 4 panggilan tak terjawab. Saya tertinggal hp dibawah semalam
Rupanya jiran saya terpaksa kehospital sekali lagi, pindahkan anaknya ke hospital swasta sebab tak tahan sakit dan nak buat operation segera.
Pagi itu waktu saya call, dia baru sampai dirumah. Anaknya kena angin pasang katanya.
Kawan kawan,
Saya ada medikal kad pertama pada usia 35 tahun. Saya lambat ada kesedaran.
Saya juga macam orang lain dulu, rasa tak ada keperluan lagipun kami pegawai kerajaan. Boleh masuk kelas pertama bila sakit nanti.
Itu pemikiran saya dulu, sebelum ada kesedaran.
Jiran saya ini anaknya tiada kad perubatan dan saya tanyakan berapa kos perubatan hospital swasta anggarkan.
"Dia anggarkan dalam RM30k-RM50k cik zul" sayu suara ayahnya dihujung talian.
"Saya dah bagitau dekat adik beradik semua nak minta tolong sorang sikit". Katanya lagi.
Saya tahu besar nilai itu buat seorang ayah yang dah tua dan lanjut usia.
Saya juga pernah selesaikan bill keluarga RM27k hanya untuk 5 hari sahaja.
Kawan,
Ini pengajaran buat kita kita yang masih sihat ini.
Saya bukan ejen takaful, saya tahu tulisan ini akan jadi bola tanggung buat semua ejen takaful untuk ugut kita.
"Kan aku dah cakap suruh ambil takaful, degil".
Jangan kawan.
Hidayah itu bukannya datang dalam satu malam. Saya juga ada lambat kesedaran.
Jika kita suami, kerja berisiko kemalangan dan satu satunya punca pendapatan buat keluarga.
Peruntukkan antara RM80-150 setiap bulan untuk lindungi pendapatan kita. Itu paling utama, bukan kad perubatan dulu.
Dah lindungi pendapatan baru ambil kad perubatan jika ada duit lebih. Jika tidak, cukup lindungi pendapatan saja dulu.
"Habis anak bini tak payah?"
Tak payah, kalau gaji kecil B40 sahaja. Biarkan mereka masuk hospital kerajaan. Hospital kerajaan juga bagus.
Hospital swasta bukan untuk kita selesa, ia hanya untuk kita ada lebih dari satu pilihan.
Kita yang punca pendapatan utama ini wajib beli baju besi (takaful) untuk lindungi diri kita pada saya.
Kita berperang setiap hari diatas jalan, cari makan buat anak dan isteri.
Jika kita meninggal atau cacat, kita bukan hanya hilangkan punca pendapatan keluarga. Kita boleh jadi beban baru buat keluarga tercinta.
Kesejahteraaan memberikan peringatan, sedangkan bencana memberi nasihat.
Azizul Azli Ahmad
Bakal Masuk Kubur Juga