29/07/2022
INSURANS KONVENSIONAL vs TAKAFUL
Ada sahabat minta saya terangkan dimana wujudnya riba, maisir dan gharar di dalam insurans konvensional. Berdasarkan ilmu saya yang sedikit saya terangkan.
Konsep insurans konvensional adalah pengalihan risiko, iaitu dari pembeli kepada syarikat insurans. Akad bagi insurans konvensional merupakan akad jualbeli dan setiap wang caruman didalam insurans konvensional merupakan milik syarikat insurans.
Mengikut hukum Islam, didalam urusan jualbeli, tidak boleh ada 3 unsur ini iaitu riba, maisir dan gharar. Dimana jatuhnya unsur ini ialah
Riba
- wujud apabila jika pembeli mendapat pampasan RM1,000,000 dari syarikat insurans setelah ditimpa cacat kekal, sedangkan baru bayar setahun yang mungkin jumlahnya baru RM6,000. Atau syarikat insurans membayar sejumlah bil hospital yang mungkin mencecah puluhan ribu, sedangkan pembeli baru bayar setahun.
Dalam urusniaga jualbeli, bayaran dan barang yang diterima haruslah setimpal, tidak boleh berlebih-lebih.
Maisir (judi)
- wujud apabila salah seorang pembeli/penjual mengalami kerugian. Sebagai contoh, apabila syarikat insurans terpaksa membayar RM1,000,000 sedangkan pembeli baru mencarum setahun yang nilainya RM6,000.
Gharar (ragu-ragu)
- ada 4 syarat urusniaga jualbeli didalam Islam iaitu
1. Penjual ๐ syarikat insurans
2. Pembeli ๐ pelanggan
3. Akad ๐ jual beli
4. Ada barang ๐ polisi perlindungan insurans
Manakala "barang" p**a ada lagi 4 syarat iaitu
1. Kemana dihantar ๐ pelanggan
2. Berapa dihantar ๐ RM1juta (contoh)
3. Bagaimana dihantar ๐ cek, direct akaun
4. Bila dihantar ๐ BILA MENINGGAL
Tiada siapa yang tahu bila seseorang atau diri sendiri meninggal. Jadi disitulah timbulnya GHARAR.
Disebabkan insurans konvensional mempunyai 3 perkara ini, maka ianya jadi HARAM buat mereka yang beragama Islam.
โขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโข
Bagaimana Takaful boleh jadi HALAL sedangkan sistemnya nampak lebih kurang sama?
Konsep insurans konvensional dan takaful adalah TIDAK SAMA. Konsep Takaful adalah perkongsian risiko, iaitu setiap ahli bekerjasama didalam menangani risiko yang ada. Oleh itu, wang caruman merupakan milik bagi setiap ahli. Syarikat Takaful hanya mengambil upah bagi mengendalikan urusan setiap penyertaan A-Z.
Akad bagi Takaful adalah Tabarru' atau sumbangan/derma. Mengikut hukum Islam, tidak ada syarat bagi urusan sumbangan/derma, maka terhapuslah unsur riba, maisir dan gharar tadi.
โขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโขโข
Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan. Janganlah ada lagi sahabat-sahabat diluar sana yang tidak mengendahkan perkara ini samaada agen ataupun peserta.
Bagi saya, membeli insurans konvensional untuk keluarga adalah umpama menghidangkan MAKANAN HARAM pada mereka.
Wassalam