MD ZAHI

MD ZAHI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MD ZAHI, Financial Consultant, No 11 Jalan Ruang U8/109 Seksyen U8 Bukit Jelutong Shah Alam, Shah Alam.

Perkhidmatan Pembiayaan Peribadi khas untuk Penjawat Awam, Badan Berkanun (GLC) terpilih melalui skim potongan gaji dan menstruktur kembali kewangan anda supaya lebih terjamin.

18/02/2022

Apa itu CCRIS dan CTOS

Apakah itu CCRIS?
CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah rekod yang diselia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia yang mengawasi corak pembayaran pinjaman anda.

Rekod CCRIS termasuklah:

1.Butiran mengenai pinjaman anda dengan setiap institusi kewangan di Malaysia (ini termasuk semua bank dan institusi kewangan bukan bank seperti AEON Credit atau PTPTN)
2.Rekod pembayaran pinjaman bagi tempoh 12 bulan yang lepas termasuk sebarang tunggakan
3.Sebarang pinjaman ‘Special Attention’ atau pinjaman di bawah pemerhatian bank
4.Pinjaman yang telah melalui penjadualan dan penstrukturan semula

Apakah itu CTOS?
Secara ringkasnya, CTOS adalah kad laporan kredit anda.

CTOS memperoleh maklumat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penerbitan prosiding undang-undang, maklumat akhbar dan selainnya. Laporan CTOS mengandungi status muflis individu, status kes, tindakan undang-undang, pemilikan perniagaan dan selainnya.

Sebarang kegagalan untuk membayar balik pinjaman, bil utiliti ataupun bil telefon, serta apa-apa tindakan litigasi terhadap anda termasuklah status bankrap akan tersenarai dalam laporan CTOS. Scenario sebegini akan mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman.

Untuk mendapatkan rekod percuma Laporan Asas Kredit CTOS, anda hanya perlu mohon untuk mendapatkan ID pengguna CTOS. Kemudian, anda akan menerima laporan CTOS daripada aplikasi CTOS.

Walaubagaimanapun, ada kena sediakan bayaran sebanyak RM25 untuk dapatkan laporan kredit lengkap ini. Cara mendapatkan laporan CCRIS melalui laman web CTOS adalah sama dengan langkah untuk mendapatkan laporan CTOS percuma yang diberikan sebelum ni. Cuma pada laman pendaftaran, pilih “MyCTOS Score Report (RM25)” untuk laporan penuh (CTOS & CCRIS)

cc:DirectLending.com.my

Address

No 11 Jalan Ruang U8/109 Seksyen U8 Bukit Jelutong Shah Alam
Shah Alam
40150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MD ZAHI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MD ZAHI:

Share