27/09/2020
Suami WAJIB ambil iktibar kalau tak nak perkara sama berlaku pada Isteri masing-masing.
Ini cerita yang di sampaikan pada saya tentang Makcik Maznah (bukan nama sebenar) yang berusia 63 tahun.
Bagi saya kes ini macam orang biasa kata sudah jatuh ditimpa tangga.
Arwah suami beliau sudah meninggal dunia 3 tahun, tetapi dalam 2 minggu lepas Makcik Maznah mendapat panggilan dari badan pemberi pinjaman XX.
Kata mereka, arwah suami tidak membayar hutang pinjaman semasa hayatnya.
Baki hutang keseluruhannya lebih kurang RM20,000 dan perlu dilangsaikan segera bagi mengelakkan Makcik Maznah didakwa dan disumbatkan ke penjara kerana beliau adalah penjamin.
Sudahlah Makcik Maznah menyara hidup hanya dengan hasil jualan kuih yang tak seberapa.
Nak dapat RM200 sebulan pun payah sampai tak mampu membayar sewa rumah.
Sekarang terpaksa p**a menanggung beban hutang dari arwah suami.
Nak harapkan anak-anak, beliau tak dikurniakan zuriat.
Nak minta bantuan ahli keluarga lain, mereka juga ada beban masalah sendiri.
Berat masalah Makcik Maznah. Betul-betul jatuh ditimpa tangga.
Ya! Ini kisah benar..
Bila saya dengar, saya wajib kongsi cerita ini pada semua.
Saya nak para Suami ambil iktibar dan belajar dari kes Makcik Maznah ini.
Jangan sampai Isteri kita p**a yang menanggung beban hutang kita di masa depan.
Para Suami, sila pastikan :
+ Isteri tahu semua perkara membabitkan kewangan dan pinjaman. Bincang dengan isteri jika ada masalah membabitkan bayaran balik. Terutamanya bila Isteri dijadikan Penjamin.
+ Usahakanlah sehabis baik untuk tinggalkan sedikit harta buat isteri teruskan hidup walau tidak mampu banyak, bila kita (suami) sudah tak ada. Takkan kita sanggup biar Isteri kita hidup susah melarat kan?
+ Selain hutang, aset dan harta juga sebaiknya di uruskan sejak dari sekarang. Menjadi tanggungjawab suami untuk memudahkan semua urusan supaya tidak menjadi isu di masa hadapan.
Kita berkahwin bukan semata-mata memikirkan kemaslahatan isteri semasa suami hidup sahaja, tetapi apa nasib si isteri setelah Suami pergi meninggalkan dunia.
Moga dipermudahkan urusan Makcik Maznah.
Ada yang pernah lalui kes macam ni? Rasanya banyak sangat kes macam ni di luar sana. Boleh kongsi pengalaman di ruangan komen..