ABS URUS SDN BHD

ABS URUS SDN BHD ABS Urus adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan konsultasi perniagaan merangkumi bahagian kewangan, pembangunan SOP, Pemasaran dan Persyarikatan.

Permanently closed.

Untuk keterangan lanjut, sila tekan butang message.

08/01/2024

Ambil gaji.

Sebagai orang bisnes, kita tidak boleh ambil gaji sesuka hati mengikut kemahuan kita.

Ambil gaji yang padan dengan saiz bisnes kita.

Sekiranya kita mengambil gaji lebih dari kemampuan perniagaan kita, kita sebenarnya sedang membunuh bisnes kita sendiri.

Cara paling mudah untuk mula ambil gaji adalah mengasingkan akaun bank perniagaan dengan akaun bank peribadi.

Urusan syarikat 100% menggunakan akaun perniagaan.

Akaun peribadi 100% gunakan untuk urusan peribadi.

Sekiranya kita mahu ambil duit belanja, pindahkan duit perniagaan kepada akaun peribadi kita. Barulah kita belanjakan duit itu.

Nak ambil berapa banyak?

Kita pergi semula kepada point no 1. Jika tidak cukup, kita perlu cari cara lain untuk beri cukup atau kita perlu kuatkan usaha supaya ianya cukup.

Yang penting ambil gaji dan asingkan duit perniagaan dan duit peribadi.

06/12/2023

Dalam satu kajian yang dibuat oleh Dr. Vohs. Kecintaan terhadap Duit adalah faktor yang paling kecil dalam diri usahawan.

Baru berniaga 3 tahun LHDN dah kejar dengan Hutang Cukai RM 48,000? Fuh, berpeluh juga ek.Tak nak jadi macam saudara kit...
11/05/2023

Baru berniaga 3 tahun LHDN dah kejar dengan Hutang Cukai RM 48,000? Fuh, berpeluh juga ek.

Tak nak jadi macam saudara kita ni? Boleh belajar di sini : https://absurus.com/kplhdn/

20/07/2022

Kejar Breakeven Point Dalam Bisnes

Dalam bisnes tidak ada yang lebih mengecewakan selain mengalami kerugian. Sudah tentu orang bisnes sebolehnya nak cepat untung. Sebelum belajar buat untung, belajar dulu hidup. Apakah yang dimaksudkan dengan belajar dulu hidup? Ini sama juga dengan kaedah belajar berenang. Sebelum kita pandai berenang kita belajar dulu bagaimana mengapungkan diri. Secara ringkasnya itulah breakeven point. Breakeven point ialah situasi dimana bisnes tidak untuk dan tidak rugi, dalam Bahasa melayu ialah titik p**ang modal.

Sewaktu bisnes masih baru, kita mesti kejar breakeven point ini. Untuk kita tahu berapa breakeven point kita, kita mesti kira betul-betul kos kita. Pastikan kos ini termasuk sekali dengan gaji kita sendiri. Dengan cara itu, kita tidak rugi apa-apa juga tidak dapat untung apa-apa. Dalam breakeven point kita tahu berapa kuantiti yang kita perlu jual setiap hari, berapa jualan yang kita perlu capai setiap hari.

Akibat tidak tahu breakeven point ini ada tiga:

1. Susah letak sasaran
2. Duit modal sentiasa kurang
3. Rasa tidak berbaloi apabila buat bisnes

Duit habis, penat dan ada Ketika sehingga mengganggu emosi kita. Sebab kita bekerja dalam keadaan tidak tahu mana nak tuju. Breakeven point ini jadi penanda aras kita berapa nak capai. Kalau tidak ada penanda aras, kita letak sasaran yang tidak betul. Adakala sasaran itu hinggakan pekerja kita rasa menyampah. Dalam bisnes istilah “tembaklah ke bulan, sekurang-kurangnya kalau tak sampai kita ada dalam kalangan bintang.” Sangatlah tepat. Tapi nak tembak macam mana kalau pelurunya sumpit.

Supaya kita tahu bagaimana untuk tahu breakeven point kita buat 3 perkara ini:

1. Rekod setiap jualan

Mesti tulis berapa jualan kita, apa barang yang kita jual, berapa kuantiti yang kita jual dan masukkan dalam fail rekod itu setiap hari. Setiap seminggu sekali kita semak balik adakah kita dalam trek yang tepat untuk capai sasaran breakeven.

2. Simpan dokumen belian

Dokumen belian mesti disimpan. Apa dokumen nak simpan? Invoice pembekal barang dan bahan mentah mesti disimpan, resit dan bil bayaran mesti disimpan. Kalau kita tak simpan macam mana kita nak kira kos. Contoh, harga ayam kita nak rujuk dekat mana kalau bilnya tidak ada? Akhirnya kita tak sedar harga ayam itu sudah naik berkali-kali.

3. Kira dan semak kos lebih kerap

Belajar cara kira kos yang betul. Kira kos p**a, mesti bezakan kos jualan, kos operasi, kos pentadbiran, kos marketing. Akibat salah kira kos ini sangatlah berat sehingga boleh habis duit simpanan dan boleh juga mengakibatkan kita menambah hutang.

Kalau kita malas rekod jualan dan malas simpan dokumen siapa-siapa pun tidak boleh bantu kita. Kita boleh upah orang untuk kira dan semak kos, tetapi kita sendiri kena rajin rekod jualan dan simpan dokumen.

19/07/2022

Kesilapan pemilik bisnes dalam mengira kos bahan yang bersubsidi

Ada banyak kesilapan pemilik bisnes biasa lakukan antaranya ialah dalam mengira kos bahan yang dikira termasuk subsidi kerajaan. Bahan bersubsidi di Malaysia ini ada banyak seperti gula, tepung, minyak masak, minyak kereta dan sebagainya. Apabila kita mengira kos bahan jualan kita mesti sentiasa tolak factor subsidi dan berpegang kepada prinsip sentiasa kira kos pada harga maksimum. Ini bagi mengelak kita menjadi mangsa kepada perubahan harga yang tidak menentu lebih-lebih lagi dalam harga bahan mentah yang tidak menentu. Ini tiga masalah apabila mengambil kira kos bahan termasuk subsidi:

1. Bahan bekalan mungkin terputus
Jika kita melihat kepada trend belian, sudah tentu kita boleh lihat orang akan lebih banyak membeli barang yang murah. Jadi, situasi bekalan terputus itu boleh terjadi. Pada akhirnya kita terpaksa juga beli barang yang mahal. Jika kita meletakkan kos kita pada harga bersubsidi itu, kita akan mengalami kerugian.

2. Salah dari segi undang-undang
Kebanyakan barang bersubsidi ini bukan untuk tujuan komersial. Kita orang bisnes, mesti tahu dan faham undang-undang. Kita jangan mengambil kesempatan atas angin politik kerana angin politik ini boleh berubah-ubah. Masalah orang tidak beli barang kita, itu kitalah yang kena jelas dan perbetulkan sasaran pelanggan. Kita mungkin berdepan tindakan undang-undang. Jangan nanti kita jadi keldai orang politik.

3. Subsidi dipotong, dipindah atau ditarik
Kemungkinan untuk barang subsidi ini digunakan sebagai alat politik amat tinggi sekali. Jadi kemungkinan untuk subsidi dipotong, dipindah atau ditarik sangatlah tinggi. Oleh itu kita elakkan factor subsidi ini dalam costing barang, produk atau perkhidmatan kita. Langkah ini lebih selamat.

Supaya kita sebagai orang bisnes tidak terperangkap dalam permainan harga murah sehingga menjerat diri sendiri, kita mesti asingkan factor kos bahan yang bersubsidi. Lakukan 3 langkah ini:
1. Senaraikan semua harga bahan tanpa subsidi
2. Kira breakeven point (titik p**ang modal) yang betul
3. Stukturkan semula harga.

Tuan puan, 3 langkah ini mesti dibuat segera supaya bisnes kita boleh hidup lama. Permainan harga murah adalah permainan budak besar. Kita bisnes baru jangan masuk dalam permainan budak besar.

18/07/2022

Ini cara bayar gaji pemilik yang betul

Orang bisnes mesti belajar cara kira, rekod dan bayar gaji dengan betul. Supaya pemilik bisnes tidak buat kesilapan semasa meletak harga, pastikan kos gaji sudah dikira awal-awal lagi. Antara kesilapan pemilik bisnes ialah mereka gunakan kaedah peratus untuk kira gaji mereka. Contoh, 20% dari jualan. Ini 3 masalah apabila gaji diambil secara peratusan:

1. Tidak dapat bayar komitmen
Katakan sales pada bulan itu rendah, banyak komitmen tidak dapat dibayar. Kita kena faham orang bisnes ini sama sahaja macam orang bekerja ada komitmen bulanan. Nak bayar yuran sekolah anak, nak bayar ansuran kereta, ansuran rumah dan sebagainya.

2. Tidak dapat merancang perbelanjaan
Dengan gaji yang tidak menentu, ini menyukarkan perbelanjaan pemilik bisnes dirancang. Apabila gaji tidak tetap boleh jadi berlakunya banyak defisit ataupun lebihan. Mungkin boleh berlaku pembaziran pada satu-satu bulan.

3. Bisnes tidak boleh berkembang
Apabila jualan naik, gaji akan turut meningkat. Duit lebihan itu sepatutnya digunakan untuk mengembangkan lagi bisnes. Duit lebihan itu sepatutnya dipusing-pusing supaya pusingannya itu nanti semakin besar. Juga kita kena beringat, seperti juga hukum alam, bisnes juga ada pasang ada surut, jadi bisnes juga mesti sentiasa bersedia.

Jadi cara terbaik adalah gaji itu berkadar tetap. RM2,000 sebulan, RM3000 sebulan. Dengan cara ini bisnes nampak lebih bagus. Tapi tidak boleh main ambil macam itu sahaja, ini 3 langkah untuk ambil gaji:

1. Kira gaji
2. Buat slip gaji
3. Bayar gaji ke akaun peribadi

Ini supaya bisnes boleh berkembang. Dengn cara kira gaji pemilik, kita sedang beri mesej bos pun kena kira gaji. Jika tuan berminat untuk belajar bagaimana untuk kira gaji, klik link dibawah

15/07/2022

Jamuan akhir tahun dan percutian adalah satu bentuk pembaziran

Antara cabaran bisnes kecil dan sederhana ialah membuat keputusan dimana nak belanjakan duit.  untuk pemilik bisnes kecil sudah tentu mereka ada modal yang sedikit jadi mereka harus membuat keputusan yang baik di mana nak diletakkan duit itu. Apabila bisnes sudah mula berkembang, antara tradisi yang sering dibuat oleh pemilik bisnes ialah membuat jamuan akhir tahun dan juga pergi melancong.

Persoalan nya ialah bukannya percutian dan jamuan akhir tahun itu tidak boleh, cumanya bukankah ada belanja yang lebih memberi impak besar kepada pekerja secara terus berbanding membawa pekerja ke percutian dan jamuan akhir tahun. Ini kerana bila kita lihat staf-staf yang bermasalah pun akan ikut sekali sama-sama dengan staff berprestasi tinggi. Jadi adalah tidak adil untuk memberi ganjaran kepada pekerja yang mungkin kurang disiplin dan tidak mempunyai prestasi yang tinggi.

Adalah lebih baik sekiranya perbelanjaan percutian atau jamuan akhir tahun itu diberikan dalam bentuk bonus ataupun ganjaran kepada pekerja yang mempunyai disiplin, etika dan nilai-nilai yang bagus. Apabila kita memberi ganjaran kepada pekerja ini mereka akan menjadi lebih bersemangat untuk mengejar sasaran mereka berbanding jika kita memberi ganjaran kepada semua pekerja.

Untuk bisnes kecil dan sederhana, kita perlu bijak untuk mengatur perbelanjaan kita di mana kita hendak letakkan duit itu. Perspektif ini mungkin kurang pop**ar kerana jamuan akhir tahun dan percutian ini sudah menjadi tradisi. Sehinggakan, jika tidak ada percutian ataupun jamuan akhir tahun pekerja menganggap bahawa majikan sudah tidak bertimbang rasa dan sudah tidak peduli kepada mereka.

Namun begitu terp**ang kepada tuan puan sama ada untuk meneruskan tradisi ini ataupun tidak. Sebab akhir sekali yang digunakan ialah duit tuan puan bukan duit saya.

14/07/2022

Bisnes jangan sampai jadi judi

Berapa ramai hari ini owner bisnes buat bisnes seperti berjudi? Buat keputusan tanpa ada rujukan, tanpa kajian dan tanpa ada ilmu. Perihal nasib ini, tidak selalunya berpihak kepada kita. Jadi apalah beza apabila kita buat bisnes dengan berjudi jika bergantung pada nasib?

Belajarlah buat keputusan dengan melihat maklumat, angka-angka penting, bacaan buku dan belajar analisa bisnes. Kalau tak tahu pergilah belajar. Buat keputusan ini adalah satu skill yang sangat penting. Kita mesti belajar buat keputusan.

Apakah keputusan yang kita nak buat dalam bisnes? Ini 3 contoh keputusan yang kita selalu kena buat:
1. Meletak harga
2. Berapa nak belanja untuk marketing
3. Asset apa yang nak dibeli

Semua ini keputusan tentang bagaimana kita nak letak duit bisnes kita. Jadi kalau kita tak pandai, boleh jadi hangus bisnes kita. Kita bukan sahaja perlu kaji kenapa keputusan kita sebelum ini gagal, kita juga perlu kaji kenapa keputusan kita sebelum ini berjaya.
Mesti ada perkara yang kita perlu ketahui mengapa keputusan sebelum ini berjaya, barulah kita boleh belajar sesuatu.

Oh ya, tuan puan yang nak belajar tentang kewangan kami ada buat 48 kelas kewangan dan akaun. Sesuai untuk yang baru nak belajar. Link di ruang komen

Address

26-1F Jalan Setia Perdana BB U13/BB
Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABS URUS SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ABS URUS SDN BHD:

Share