ARC Corporate Services

ARC Corporate Services ARC is a Chartered Accountants firm based in Setia Alam. Contact us for more details!

We provide professional corporate services including accounting, taxation, audit, and company secretarial services.

Macam mana nak lapor cukai & elak daripada dikenakan penalti? Perkara asas yang perlu anda tahu, untuk elak penalti kena...
14/08/2026

Macam mana nak lapor cukai & elak daripada dikenakan penalti?

Perkara asas yang perlu anda tahu, untuk elak penalti kena isi dengan betul.

1) TENTUKAN BORANG YANG BETUL
- Isi borang yang betul. Jangan keliru. Jika anda bekerja disamping itu mempunyai pendapatan dari perniagaan, perlu isi Borang B. Bukan BE.

2) JANGAN TINGAL MANA-MANA PENADAPATAN
- Langkah seterusnya, semasa isi borang pastikan tiada pendapatan yang tidak dilapor. Contohnya

i) Gaji
ii) Elaun/Bonus
iii) Sewa
iv) Freelance / Side income / Affiliate /
v) Komisyen / Royalti

3) TUNTUT PELEPASAN YANG LAYAK SAHAJA
- LHDN akan mengelurkan garis panduan bagi perbelanjaan yang dibenarkan setiap tahun. Antara perbelanjaan yang layak tolak seperti

i) KWSP
ii) Pendidikan - SSPN
iii) Insurans/ Takaful
iv) Gaya hidup - alatan sukan, bahan bacaan, dll
v) Zakat
vi) Perbelanjaan lain yang dibenarkan bagi tahun taksiran tersebut

❗️Pastikan SIMPAN semua resit yang berkaitan perbelanjaan tersebut selama 7 tahun

4) HANTAR & BAYAR SEBELUM DEADLINE
- Pastikan borang dihantar sebelum tarikh akhir untuk elak penalti. Sekiranya ada cukai yang perlu dibayar, pastikan bayar sebelum deadline.

JANGAN LAKUKAN DIBAWAH !

❌ Tak lapor side income
❌ Claim pelepasan yang sebenarnya tak layak
❌ Masukkan angka yang tak disokong dokumen
❌ Hantar selepas deadline
❌ Hantar borang tetapi tak tak bayar baki cukai

10/08/2026
Bayar cukai tapi masih lagi kena siasat? Kenapa?Ini mungkin jadi punca mengapa anda jadi pilihan LHDN:1) Salah isi boran...
05/08/2026

Bayar cukai tapi masih lagi kena siasat? Kenapa?

Ini mungkin jadi punca mengapa anda jadi pilihan LHDN:

1) Salah isi borang cukai
- Anda mempunyai pendapatan daripada perniagaan tapi anda submit borang BE sahaja. Sepatutnya, jika anda berniaga dan mempunyai pendapatan dari gaji (bekerja) anda perlu submit borang B.

2) Tuntut semua pelepasan cukai
- Semua pelepasan anda tuntut. Anda lelaki tapi tuntut perbelanjaan berkaitan dengan peralatan penyusuan ibu.

3) Skip hantar borang cukai
- 2023 - hantar
- 2024 - tak hantar
- 2025 - hantar

INGAT walaupun pada tahun 2024 business anda mengalami kerugian, anda masih wajib hantar borang cukai.

4) Tidak telus isi maklumat
- Isytihar pendapatan tahunan yang rendah tapi nama dalam bank menunjukkan anda ada komitmen yang tinggi. Macam tak logik kan? Pendapatan rendah tapi komitmen tinggi. Macam mana ada duit untuk bayar komitmen tersebut?

Selain dari ada orang report, situasi di atas juga boleh jadi punca kenapa anda disiasat oleh LHDN. Apa akan jadi kalau anda disiasat dan didapati bersalah?

Antaranya, anda boleh dikenakan penalti & denda. Oleh itu, nasihat kami setiap pembayar cukai perlulah isi maklumat pada borang dengan telus dan betul. Jangan sebab nak lari dari cukai, anda mengalami kerugian di kemudian hari.

Resit belanja semua dah simpan, tapi tak ada masa nak rekod? Tak tahu cara nak rekod macam mana?Ramai business owner yan...
04/08/2026

Resit belanja semua dah simpan, tapi tak ada masa nak rekod? Tak tahu cara nak rekod macam mana?

Ramai business owner yang ada masalah macam ni. Simpan resit tapi tak pernah rekod. Tau tak rekod perbelanjaan itu sangat penting.

Kenapa rekod perbelanjaan itu penting?

✅ Mengetahui ke mana wang syarikat dibelanjakan.
- Kadang kala ada belanja yang tidak perlu. Dengan rekod perbelanjaan, anda dapat mengenal pasti perbelanjaan mana yang tak penting & boleh dikurangkan.

✅ Menyediakan laporan kewangan yang tepat.
- Bila rekod lengkap, laporan kewangan yang disediakan pun lebih tepat. Dengan ini pemilik boleh gunakan laporan kewangan yang ada untuk membuat perancangan & keputusan.

✅ Memudahkan urusan cukai
- Perbelanjaan yang layak dan disokong dengan dokumen boleh digunakan untuk tujuan kurangkan cukai mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

✅ Memudahkan proses audit
- Semua transaksi dapat disokong dengan dokumen yang lengkap, sekali gus mempercepatkan proses semakan jika diaudit kelak.

✅ Membantu membuat keputusan yang lebih baik
- Dengan rekod yang teratur, pemilik boleh rancang bajet, kawal kos dan tingkatkan keuntungan perniagaan.

💡 Ingat! Jangan hanya simpan resit. Pastikan setiap perbelanjaan direkodkan dengan betul.

📩 Perlukan bantuan untuk urus akaun perniagaan anda?

ARC - firma perakaunan dengan pengalaman lebih 10 tahun sedia membantu. Klik pada link whatsapp yang tertera untuk hubungi kami.
http://www.wasap.my/601161386188/urusAKAUN

Ramai pemilik bisnes beranggapan, "Syarikat tak untung, jadi tak perlu hantar borang cukai."Sebenarnya, itu adalah satu ...
29/07/2026

Ramai pemilik bisnes beranggapan, "Syarikat tak untung, jadi tak perlu hantar borang cukai."

Sebenarnya, itu adalah satu tanggapan yang salah.

Walaupun bisnes tidak untung atau mengalami kerugian, syarikat masih mempunyai tanggungjawab untuk menghantar borang cukai kepada LHDN.

Jika anda GAGAL melaksanakan tanggungjawab ini, anda boleh mengalami masalah seperti
⚠️ Dikenakan penalti akibat kelewatan atau kegagalan menghantar borang.
⚠️ Rekod pematuhan syarikat terjejas.
⚠️ Mengalami kesukaran sekiranya berlaku semakan pada masa hadapan.
⚠️ Boleh didenda dan berkemungkinan untuk dipenjara
⚠️ Disenarai hitam untuk pergi ke luar negara

Jika tak pasti macam mana nak urus cukai, jangan risau. Kami di ARC boleh bantu. Klik sahaja pada link yang tertera untuk hubungi kami.

http://www.wasap.my/601161386188/urusCUKAI

❗️Ingat!
Jangan tunggu sehingga terima notis dari LHDN baru nak bertindak. Pastikan laksanakan tanggungjawab anda sebagai peniaga. Isi borang dan hantar sebelum tarikh tutup.

Ramai business owner masih keliru antara accounting & audit. Secara ringkasnya, Accounting menyediakan rekod kewangan.Ma...
28/07/2026

Ramai business owner masih keliru antara accounting & audit. Secara ringkasnya, Accounting menyediakan rekod kewangan.
Manakala Audit p**a menyemak dan mengesahkan rekod kewangan tersebut.

Kedua-duanya penting bagi syarikat Sdn Bhd untuk memastikan perniagaan anda mempunyai rekod kewangan yang tepat, mematuhi keperluan undang-undang, dan membantu perniagaan berkembang dengan lebih yakin.

📩 Perlukan bantuan berkaitan audit, accounting atau tax? Klik pada link yang tertera untuk hubungi kami segera.

https://wa.me/601161386188

Alamak ❗️Terlepas tarikh penghantaran Borang B?Apa patut buat?1) Hantar Borang B secept mungkin- Walaupun dah terlepas t...
22/07/2026

Alamak ❗️

Terlepas tarikh penghantaran Borang B?

Apa patut buat?

1) Hantar Borang B secept mungkin
- Walaupun dah terlepas tarikh, LHDN masih benarkan penghantaran lewat cuma mungkin ada penalti yang akan dikenakan.

2) Bayar Cukai Segera
- Jika anda mempunyai cukai yang perlu dibayar, Pastikan anda membayarnya dengan segera untuk elak penalti lewat bayar.

Jadi, walaupun anda sudah terlepas tarikh penghantaran borang B, kami nasihatkan anda untuk tetap submit walaupun akan dikenakan penalti.

Kenapa?

Penalti yang dikenakan mungkin akan lebih rendah berbanding jika anda tidak submit, anda berkemungkinan mendapat surat anggaran cukai daripada LHDN. Mereka boleh kenakan cukai LEBIH TINGGI berdasarkan anggaran

Address

21-1, Jalan Setia Utama AW U13/AW, Setia Alam, Seksyen U13
Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARC Corporate Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ARC Corporate Services:

Shortcuts

Share

Category